Senaman Yang Anda Boleh Amalkan Untuk Bina Otot Dengan Cepat

Bukan mudah kita nak bina otot jika ia tidak disertakan dengan senaman yang konsisten dan pemakanan yang seimbang. Ada yang sanggup membelanjakan banyak wang dan masa kepada makanan tambahan dan pergi ke gym untuk memastikan rutin bina otot mereka tidak terganggu.

Tidak kurang juga yang mempunyai jurulatih sendiri bagi memastikan disiplin dalam membina otot dan mengikut cara yang betul.

Walau bagaimanapun untuk mencapai impian mendapatkan badan yang diingini, anda tidak boleh culas melakukan senaman secara rutin setiap hari dan tidak boleh terlalu bergantung kepada pemakanan tambahan semata-mata.

Jika konsisten, tak mustahil anda boleh bina otot sebagainya yang anda inginkan.

Untuk mantapkan otot dan bakar lemak dengan cepat, ini ada lima jenis senaman yang boleh anda jadikan amalan.

1. Burpees (Bodyweight / Weighted)

Bina OtotBurpees merupakan senaman yang mencabar kekuatan seluruh badan. Ia juga memberi kelebihan untuk ketahanan otot dan jantung.

Bagi anda yang ingin membina stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, senaman ini sememangnya sesuai kerana ia sangat mujarab.

2. Lunges (Bodyweight / Weighted)

Bina OtotSenaman ini sangat efektif dalam melatih kekuatan dan bina otot kaki dan membakar lemak dengan cepat.

Bukan itu sahaja, stamina badan anda juga akan meningkat kerana lunges bukan sekadar senaman untuk orang membina badan, sebaliknya ia merupakan senaman untuk memberi kecergasan.

3. Push Up (Bodyweight / Weighted)

Bina Otot

Senaman push up sememangnya senaman yang sangat popular. Dengan mengamalkan push up, badan anda akan lebih berotot, kuat dan nampak bergaya. Ia menggunakan keseluruhan badan dengan penekanan pada otot bahu, dada dan triceps.

4. Dip (Bodyweight / Weighted)

Bina Otot

Jika anda lemah dalam bench press, cuba lakukan senaman dip dalam masa beberapa minggu. Percayalah, kekuatan bench press anda akan meningkat.

Bukan itu sahaja, senaman ini juga adalah senaman yang sangat versatil kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah, pejabat, gym ataupun taman permainan. Kelebihannya hampir sama dengan senaman bench press.

5. Chin Up (Bodyweight / Weighted)

Bina OtotKalau anda perlu memilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang, lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran otot belakang anda.

Percayalah dengan melakukan senaman chin up, anda boleh mendapatkan otot belakang yang kembang seperti kepak.

Mudah sahaja caranya, anda hanya perlukan bergayut pada satu palang sahaja untuk mendapatkan otot belakang yang mantap.

BACA JUGA: Doktor Ini Berkongsi 5 Cara Terbaik Mengambil Karbohidrat Setiap Hari Supaya Anda Tidak Gemuk

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen − thirteen =