Nak Bersihkan Dapur Sampai Berkilat, Tak Perlu Guna Banyak Modal. Guna Bahan Ini Sahaja!

Nak Bersihkan Dapur Sampai Berkilat, Tak Perlu Guna Banyak Modal. Guna Bahan Ini Sahaja! | Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.

Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.

Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.

BACA: Teknik Cuci Hud Dapur Kelihatan Baru & Berkilat

Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi bersihkan dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!

Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.

Langkahnya:bersihkan dapur

1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.

bersihkan dapur

2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.

3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.

bersihkan dapur

4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.

bersihkan dapur

5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!

Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??

Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!

Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × two =