5 Mitos Tidak Benar Tentang Cas Telefon Bimbit, Anda Mungkin Sudah Terpedaya Agak Lama!

5 Mitos Tidak Benar Tentang Cas Telefon Bimbit, Anda Mungkin Sudah Terpedaya Agak Lama! | Terlalu banyak pantang larang yang sering didengar mengenai peraturan mengecas telefon bimbit.

Ada juga segelintir individu yang terlalu percayakan kepada mitos-mitos ini sehingga begitu taksub mengikut setiap kepercayaan karut ini.

Tidak dinafikan sesetengah daripadanya adalah benar dan jika bateri telefon bimbit dijaga dengan baik, ia mampu bertahan sehingga tiga ke lima tahun.

BACA: Sampai Rumah Bukannya Nak Peluk Isteri & Anak Tapi Mengadap Telefon Sampai tertidur

Berikut merupakan lima mitos yang ingin kami kongsikan berkaitan dengan peraturan mengecas telefon bimbit anda. Semoga bermanfaat.

1. Mitos: Menggunakan alat pengecas daripada jenama lain akan merosakkan bateri.

Fakta: Pengecas telefon bimbit daripada jenama lain adalah baik selagi ia bukanlah produk tiruan.

Ramai yang mendakwa bahawa penggunaan daripada alat pengecas telefon bimbit lain akan memberi kesan pada bateri telefon. Ia terbukti hanya mitos semata-mata kerana alat pengecas daripada jenama lain juga sama mempunyai fungsi yang sama.

Prestasi yang ditunjukkan mungkin tidak optimum tetapi ia tidak sampai mengakibatkan bateri telefon bimbit anda rosak.

2. Mitos: Cas telefon sewaktu tidur malam sehingga pagi akan memberi kesan pada bateri.

Fakta: Bateri telefon bimbit anda akan berhenti mengecas setelah penuh.

Mesti korang selalu dengar cakap-cakap orang tentang tidak bagus untuk mengecas telefon bimbit sewaktu anda ingin masuk tidur.

Yang jelas, apabila ia sudah mencapai caj maksimum, ia akan berhenti dengan sendirinya. Ini bermakna, telefon bimbit anda tidak akan dicas sepanjang waktu malam tersebut.

3. Mitos: Dilarang menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas.

Fakta: Guna telefon bimbit sewaktu dicas adalah tidak mengapa selagi alat pengecas yang diguna itu adalah original.

Terdapat kebimbangan oleh pengguna telefon bimbang tentang situasi ini. Ada yang mengatakan anda kan terkena kejutan elektrik jika menggunakannya semasa di caj. Terdapat insiden yang benar-benar berlaku di mana telefon tersebut meletup.

Walau bagaimanapun, dalam semua kes yang dilaporkan, pengguna telah mengecas telefon bimbit mereka dengan pengecas tiruan. Jika anda menggunakan telefon bimbit daripada pengilang yang diluluskan, maka tiada risiko telefon akan meletup.

4. Mitos: Jangan pernah matikan telefon bimbit.

Fakta: Mematikan telefon bimbit dapat membantu bateri tahan lebih lama.

Menurut seorang pakar jenama Apple, mematikan telefon bimbit anda dari semasa ke semasa dapat memaksimumkan jangka hayat bateri.

BACA: Kalau Telefon Dah Penuh Dengan Gambar Sampai Lembap Boleh Ikut Langkah Ini

Jika kamu pengguna tegar telefon bimbit, dinasihatkan agar mematikan telefon pada waktu malam untuk memastikan bateri telefon bimbit anda sentiasa dalam keadaan yang baik.

5. Mitos: Cas telefon bimbit pada waktu ia benar-benar ‘low’.

Fakta: Cas berkala adalah lebih baik

Kenyataan mengecas telefon bimbit pada masa benar-benar kritikal adalah tidak benar sama sekali kerana pada waktu itu, bateri menjadi agak tidak stabil. Lebih baik cas telefon anda dalam kadar berkala.

FAKTA BONUS – Keadaan panas dapat merosakkan bateri telefon bimbit anda.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemanasan mampu untuk merosakkan bateri telefon bimbit. Jadi, jika anda meletakkannya di tempat yang panas, kemungkinan bateri tersebut akan rosak.

Begitu juga jika suhu terlalu sejuk turut memberi kesan kepada bateri. Bateri akan lebih cepat mati dalam keadaan suhu yang rendah.

Sumber: curiousmob

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

sixteen − 12 =