Ini Sebab Kenapa Jangan Beli Produk Kosmetik Lokal Yang Menipu Nombor KKM!

Saban hari kita mendengar banyak kisah kerosakan wajah pada wanita yang menggunakan produk kosmetik lokal. Kerosakan ini bukan sekadar menggunakan produk yang dibeli pasar malam malahan ada produk kosmetik yang menipu nombor KKM mereka.

Bayangkan betapa sukar untuk mendapatkan kembali wajah yang “buruk” kerana tersilap memilih produk kosmetik lokal ini? Ada yang berhabis duit terpaksa berulang alik menemui pakai kulit kerana mengalami kerosakan pada wajah yang sangat teruk kebanyakkannya berlaku pada wanita yang mempunyai kulit wajah yang sensitif. Ada juga yang mengambil masa berbulan-bulan untuk pulihkan kembali wajah asal mereka.

Yang lebih malang jika berlaku pada wanita yang bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat. Jadi diingatkan kepada wanita yang bakal berkahwin janganlah gatal-gatal tangan mencuba produk kecantikan dan kosmetik baru beberapa bulan sebelum hari bahagia anda jika tidak mahu merana pada hari bahagia tersebut.

BACA: KKM Sahkan Produk Kosmetik Sifu Kunyit Mengandungi Racun

Lambakan produk kecantikan dan kosmetik buatan lokal pada mulanya di anggap sebagai satu petanda yang bagus untuk ekonomi orang melayu. Namun kerana sikap tamak dan ingin menjadi jutawan produk segera ramai pengasas produk ini tidak mengambil kira kesan negatif kepada pengguna.

Sepatutnya produk kecantikan dan kosmetik ini pembuatannya perlu dilakukan oleh kilang yang berdaftar dan produk wajib mendapat kelulusan KKM.

Tapi ramai penjual produk kosmetik lokal menggunakan pendekatan mudah dengan mengimport bahan-bahan kosmetik ini dari negara jiran sama ada rebranding semula atau repackaging.

Dimana kita sedia maklum, produk dari negara jiran seperti Thailand tidak mendapat kelulusan KKM kerana kebanyakkannya mengandungi kandungan bahan kimia seperti merkuri yang tinggi.

Pendedahan lelaki ini bakal membuka mata anda, khususnya kaum hawa tentang betapa pentingnya untuk memilih produk kecantikan yang dipercayai.

Menurut lelaki ini, Ah Meng, yang merupakan pekerja kepada kilang membuat bekas-bekas plastik/kaca untuk produk kosmetik tempatan, anda seharusnya elak untuk membeli produk kosmetik lokal.

Nak tahu kenapa? Ikuti pendedahan dari beliau.
Elakkan Beli Local Cosmetic Product “Rasa jijik weyh!”Lelaki Dedah Kenapa Wanita Tidak Patut Beli Produk Kosmetik Lokal“Proses tanpa SOP dan prosedur”Lelaki Dedah Kenapa Wanita Tidak Patut Beli Produk Kosmetik Lokal“Ingat local product ni dorg produce ala-ala professional”Lelaki Dedah Kenapa Wanita Tidak Patut Beli Produk Kosmetik Lokal“Benda tumpah atas meja dimasukkan balik”Lelaki Dedah Kenapa Wanita Tidak Patut Beli Produk Kosmetik Lokal“Bila aku tengok list order, banyak dari brand yang popular”Lelaki Dedah Kenapa Wanita Tidak Patut Beli Produk Kosmetik Lokal“Kalau gua kena pecat..”Lelaki Dedah Kenapa Wanita Tidak Patut Beli Produk Kosmetik Lokal
Walau bagaimanapun tidak semua produk kosmetik local ni tidak bagus, pengguna perlulah bijak dan jangan hanya kerana kawan pakai dah nampak cantik terus berebut-rebut nak pakai juga.

Semak dulu nombor KKM produk dan tunggu beberapa bulan untuk memastikan produk kosmetik lokal yang di pakai oleh kawan tu selamat dan sesuai dengan wajah orang Asia ni.

Perlu beringat kerana bahan-bahan kimia yang dah masuk ke dalam sistem darah melalui kosmetik yang anda pakai setiap hari ini adakalanya bukan setakat memberikan kesan tidak elok pada wajah malah berpontensi merosakkan sistem organ badan kita.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 + 5 =