Awas! Kerap Ambil Minuman Tenaga Boleh Meningkatkan Risiko Strok 5 Kali Ganda Lebih Cepat.

Awas! Kerap Ambil Minuman Tenaga Boleh Meningkatkan Risiko Strok 5 Kali Ganda Lebih Cepat. | Energy Drink merupakan minuman TANPA alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.

Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.

Ada yang mengambilnya tidak kerap dan hanya bila perlu sahaja contohnya apabila perlu memandu ketika waktu malam. Namun bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu jumlah pengambilan yang banyak dan kerap juga boleh merosakkan badan sendiri dalam tempoh terdekat.

Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini.

minuman tenaga

Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.

BACA: Nak Sihat Dan Bertenaga Selalu, Kaum Wanita Kena Amalkan Minuman Ini

Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula!

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2662125144077341

Dalam kajian terkini, pengambilan energy drink juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!

  • Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan.
  • Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga.

Sumber: Public Health Malaysia

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 2 =