Mata Pedih Ketika Potong Bawang? Gunakan 4 Tip Ni Supaya Tiada Drama Air Mata!

Mata Pedih Ketika Potong Bawang? Gunakan 4 Tip Ni Supaya Tiada Drama Air Mata! | Pasti ramai yang sudah tahu, terutamanya golongan wanita, kerja yang paling ‘menyedihkan’ di dapur adalah kupas bawang. Mana tidaknya, apabila kupas atau potong bawang pasti akan ada drama air mata.

Bawang kalau tidak digunakan dalam masakan pasti tidak enak rasanya. Sudahnya terpaksalah hiris dengan lelehan air mata.

Namun ada petua berkesan untuk mengelakkan daripada mata pedih dan berair semasa memotong bawang.

Ikuti petua yang dikongsikan oleh Fatimah Salim di laman Facebooknya yang menjelaskan 4 cara untuk elak mata pedih semasa potong bawang.

Ilmu kimia itu sangat luas dan indah jika kita tergolong dalam orang yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Artikel ini saya dedikasikan kepada rakan-rakan bertuah yang meminta untuk mengulas pasal proses mengupas bawang dan mata pedih/berair .

Mengupas bawang dan pedih mata tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya situasi ini bukan saja-saja terjadi. Ianya disebabkan oleh kehadiran gas kimia pemedih mata semulajadi yang dinamakan syn-propanethial S-oxide di dalam bawang. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana gas ini terhasil dan mekanisma disebalik mata pedih dan berair semasa memotong bawang ini.

Struktur kimia Syn-propanethial S-oxide

Syn-propanethial S-oxide atau dikenali juga dengan thiocarbonyl-S-oxide (rujuk gambar molekul kimia di bawah) ialah sejenis bahan kimia semulajadi dalam bentuk cecair dari kumpulan organosulfur.

Ianya mempunyai tekanan vapor yang tinggi menyebabkannya senang menjadi wap dan terlepas dari bawang semasa proses memotong. Sebenarnya ia merupakan bahan kimia yang digunakan untuk tujuan pertahanan oleh bawang dari serangan kuman dan haiwan.

BACA: “Petanda Bawang Telah Rosak,” Ahli Kimia Terangkan Punca Bawang Yang Dikisar Sudah Bertukar Rasa!

Bagaimana Syn-propanethial S-oxide terhasil dalam bawang?

Seperti tumbuhan dan haiwan hidup lain, bawang juga terdiri dari banyak sel yang bersatu. Di dalam sel bawang terdapat bahan kimia pencetus yang dipanggil amino acid sulfoxide dan enzyme alliinase yang terpisah dalam ruang masing-masing.

Semasa proses memotong bawang, sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan berinteraksi. Enzyme alliinase memecahkan amino acid sulfoxide membentuk bahan kimia propenesulfenic acid yang kemudiannya diolah oleh enzyme lachrymatory factor synthase (LFS) membentuk bahan kimia syn-propanethial S-oxide.

Syn-propanethial S-oxide ini akan meruap dan terbebas ke udara. Apabila gas ini mencapai mata kita, ianya membuat ikatan dengan tisu mata yang akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa sakit/pedih lalu menghantar maklumat ke otak.

Otak kemudiannya akan mengarahkan lacrimal gland untuk mengeluarkan air mata sebagai tindakbalas untuk membersihkan mata dari bahan kimia penyebab pedih tadi. Mekanisma ini akan membuatkan kita menangis.

Kenapa bawang lain tidak membuatkan kita menangis?

Saudara kepada bawang putih, seperti bawang holland, bawang kecil dan bawang putih juga menghasilkan asid sulfenik apabila dipotong. Namun biasanya bawang-bawang ini mempunyai sedikit, atau tidak mempunyai enzim LF-sintase langsung.

Jadi, dengan ketiadaan LF-sintase, penghasilan syn-propanethial-S-oksida yang membuatkan anda menangis tidak akan berlaku.

Bolehkah bahan kimia ini dielakkan dari terkena mata?

Boleh. Antara caranya ialah:

  • pakai cermin mata boleh meminimalkan bahan kimia tadi terkena mata.
  • kupas bawang di tempat yang sejuk kerana aktiviti gas akan berkurangan apabila suhu menjadi rendah (ideal gas menjadi real gas). Ini akan meminimalkan jumlah bahan kimia pemedih yang sampai ke mata.
  • kupas bawang dalam air. Ini akan mengurangkan proses pengwapan bahan kimia pemedih mata tadi.
  • elakkan dari mencalarkan atau mencederakan sel bawang bagi mengelakkan tindakbalas antara bahan kimia pencetus. Dengan ayat yang lain, kupas bawang yang kering sahaja.

potong bawang

Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa potong bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.

1. RENDAM BAWANG

  • Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian potong bawang seperti biasa.

2. SIMPAN BAWANG DALAM PETI SEJUK

  • Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.

3. GUNA PISAU TAJAM

  • Pastikan guna pisau tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata ketika potong bawang berbanding menggunakan pisau tumpul.

4. GIGIT BATANG MANCIS

  • Pelik tapi benar, gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.

5. KUNYAH CHEWING GUM

  • Kunyah gula-gula getah atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

6. KUPAS BAWAH AIR MENGALIR

  • Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir kerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.

7. POTONG BAHAGIAN ATAS BAWANG

  • The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atas bawang (bahagian keluar tunas daun) sebelum mengupas kulitnya.

8. ELAK POTONG AKAR BAWANG

  • The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong bahagian akar bawang kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.

9. SEMBUR CUKA

  • Cara ini juga mudah dilakukan sebelum proses potong bawang. Hanya perlu sembur sedikit cuka makan di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan rasa pedih mata.

10. KUPAS BERHAMPIRAN KIPAS

  • Gunakan bantuan kipas dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.

11. RENDAM DALAM AIR PANAS

  • Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh potong bawang menggunakan tangan dengan mudah.

Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba tip potong bawang tanpa menangis ni. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan?

Selamat mencuba!

*semoga bermanfaat
*
#drfatimahsalim
#chemistandcook
Rujukan:
1) Block, E., 2010. Garlic and other Alliums: The lore and the science. Royal Society of Chemistry, p.132.
2) Scott, T., 1999. What is the chemical process that causes my eyes to tear when I peel an onion? Scientific American.

Sumber: Facebook

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 + 7 =