Teknik Cuci Jubin Kotor Kembali Berkilat, Wanita Ni Kongsi Cara Yang Memang Berkesan!

Teknik Cuci Jubin Kotor Kembali Berkilat, Wanita Ni Kongsi Cara Yang Memang Berkesan! | Sebelum memasuki rumah baharu atau pun rumah sewa, antara perkara pertama yang perlu kita lihat terlebih dahulu adalah keadaan lantai yang ditinggal.

Kadang-kadang, jika rumah telah ditinggal lama tanpa penghuni, terdapat kotoran hitam yang susah nak hilang pada lantai jubin akibat habuk, debu dan macam-macam lagi.

Tapi sebelum anda bazir duit tukar jubin baru, apa kata ikuti tip dari Puan Naquia Esir seperti yang dikongsi beliau pada laman facebooknya.

BACA: Bersihkan Jubin Berlumut Dengan Cara Pantas, Gunakan Bancuhan 4 Bahan Semulajadi Ni

Cuci Jubin Kotor Kembali Berkilat Dengan Kudrat Sendiri

Quia share sikit pasal cara nak memurnikan kembali lantai yang dah tercemar ye. Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah.

Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pUn no problem orait 😉 Ikut kekuatan kewangan masing-masing.

cuci jubin
Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami.

Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai.

Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai.
Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles.

Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles

cuci jubin

LANGKAH-LANGKAHNYA :

  1. Basahkan keseluruhan lantai pada kawasan yang ingin dibersihkan
  2. Tuang campuran asid yang telah dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid boleh merosakkan jubin
  3. Sental atau berus berlahan-lahan hingga kotoran tertanggal. Jika kotoran agak tebal sedikit, lebih baik kikis terlebih dahulu. Elak menggunakan berus besi yang kasar
  4. Bilas dengan air
  5. Sental atau cuci jubin dengan sabun pula
  6. Akhir sekali, cuci jubin dan bilas lantai sehingga bersih.

cuci jubin cuci jubin

Selamat mencuba semua!

Sumber : Naquia Esir

Jika anda suka dengan artikel cara cuci jubin ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − ten =