Awas! Nampak Okay Rupanya Kulat Di Span Basuh Pinggan Mungkin Punca Cirit Birit?

Penggunaan span basuh pinggan untuk jangka masa yang lama mungkin boleh membahayakan diri anda.

Anda gunakan span untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Namun tahukah anda, pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

BACA:Kena Pastikan Basuh Pinggan Mangkuk Dan Buang Sampah Dulu Sebelum Tidur, Kenapa? Ini Sebabnya

Menurut perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, kuman itu masih boleh wujud walaupun telah direndam dalam sabun.

“Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.

“Span adalah SYURGA bagi kuman. Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

“Tahukah anda, span basuh pinggan di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?” kongsi laman tersebut.

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2659142561042266

Dalam pada itu, Public Health Malaysia juga memberikan beberapa tips untuk membersihkan span basuh pinggan.

  • Rebus 5 minit atau
  • Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,
  • Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

BACA: Jangan Buang Minyak Lebihan Menggoreng, Rupanya Boleh Jadi Sabun Basuh Pinggan!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 + 5 =