Jangan Buang Minyak Lebihan Menggoreng, Rupanya Boleh Jadi Sabun Basuh Pinggan!

Jangan Buang Minyak Lebihan Menggoreng, Rupanya Boleh Jadi Sabun Basuh Pinggan! | Setiap kali lepas menggoreng, pasti ramai yang tak tahu mana nak buang minyak masak yang telah dipakai. Dah lah minyak tak boleh digunakan berulang kali, sekali dua goreng dah tak boleh pakai.

Sebenarnya untuk elakkan pembaziran, minyak yang telah digunakan tu boleh dijadikan sabun basuh pinggan.

Jadi, wanita ini telah kongsi cara mudah buat sabun hanya gunakan minyak lebihan menggoreng pasti lebih jimat![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

MINYAK LEBIHAN MENGGORENG JADIKAN SABUN BASUH PINGGAN

BACA JUGA :: Cara Mudah Jimatkan Minyak Masak Di Dapur, Salah Satunya Pastikan Cara Menggoreng Yang Betul!

Minyak lebihan menggoreng tu memang Kak Eli tak buang. Kumpulkan dalam satu bekas dan bila rajin datang buat lah sabun basuh pinggan. Untuk makluman, sabun yang sebenar sabun adalah diperbuat dari minyak.

Buih tu nanti pun datangnya dari minyak. Zaman dulu-dulu mana lah ada bahan-bahan sintetik macam sekarang untuk jadikan sabun kan?

Jadi inilah caranya. The most traditional way for soap making. Juga penting untuk orang zaman sekarang yang nak mengurangkan penggunaan bahan sintetik dan salah satu survival skill yang wajib ada andainya darurat dan keperluan mendesak satu hari nanti.

BOLEH JUGA JADIKAN SABUN BADAN, SABUN BASUH BAJU.

Dengan minyak, kita boleh proses jadikan sabun badan, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, sabun minyak zaitun untuk kulit sensitif, semua ada resepi dan penerangan jelas didalam group. Yang penting ia semulajadi dan alami. Jadi hari ini Kak Eli tunjukkan cara buat sabun basuh pinggan. Semudah abc.

Minyak Lebihan Menggoreng

Minyak goreng yang terkumpul Kak Eli tapis dan timbang. Lebih dari sekilo rupanya. Ini adalah lebihan minyak goreng ikan, ayam, ikan bilis, ikan masin, keropok you name it. Hahaha. Jangan dibuang please. Jom buat sabun.

Secara teknikal nya, lemak (segala jenis minyak) yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain (minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai elemen berbeza) dapat diproses menjadi sabun dengan syarat;

  • Minyak yang dipakai hendaklah sejenis dan tidak bercampur.
  • Minyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.
  • Penyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.
  • Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin cloth untuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal
  • Asingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan ‘hijau’. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.

Apa yang perlu dilakukan ialah , tapis minyak terpakai untuk membuang serdak dan sisa makanan. Simpan di dalam bekas dan masukkan seketul arang . Arang membantu menghilangkan bau minyak.

Bau akan hilang mengikut jenis masakan yang digoreng. Minyak lebihan menggoreng goreng pisang lebih cepat hilang bau berbanding dengan minyak lebihan menggoreng ikan. Biasanya ia mengambil tempoh 2-3 minggu. Selepas hilang bau , tapis minyak sekali lagi .

Resepi sabun minyak terpakai:

  • 190 gm air ( gunakan air suling atau air yang telah ditapis.)
  • 500 gm minyak terpakai ( minyak lebihan menggoreng )
  • 70 gm lye ( caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide biasanya dibekalkan di kedai hardware sebagai bahan pencuci.)

Air biasa boleh digunakan . Boleh juga mengunakan air hujan, sungai & suling. Jenis air akan mempengaruhi kualiti dan ketahanan sabun.

Cara-Cara Membuat Sabun Dengan Minyak Lebihan Menggoreng

Pastikan anda menggenakan kelengkapan perlindungan seperti sarung tangan dan juga penutup mata (sekiranya perlu) sebelum memulakan langkah mengendalikan lye. Gunakan sukatan seperti di atas dan campurkan lye secara perlahan-lahan ke dalam air.

Pastikan anda tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih dan biarkan seketika sementara anda menyediakan bahan-bahan lain.Biarkan suhu bancuhan hingga ke suhu bilik.

Minyak Lebihan Menggoreng

Masukkan bancuhan lye. Oh untuk proses jadikan sabun mesti ada resepinya, mesti faham proses-prosesnya, mesti tahu keselamatan dan tertibnya. Tidak boleh sembrono bancuh. Tapi kalau dah tahu, senang saja rupanya.

Pada suhu yang sesuai campurkan campuran lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia jatuh ke atas permukaan larutan tersebut.

Minyak Lebihan Menggoreng

Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn’t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

Minyak Lebihan Menggoreng

Sebati sebegini bermakna semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.

Minyak Lebihan Menggoreng

Sekarang kita pilih acuan nya pula. Di dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Bekas logam adalah tidak sesuai.

Dengan konsep jangan membazir kita gunakan saja perkakas atau bekas yang ada didapur. Tupperware, tipuware, bekas doorgift kenduri kahwin apa saja. Sudah Siap! Tunggu kering dan nanti boleh guna untuk sabun basuh pinggan. Warna sabun kita ni akan bertukar cerah don’t worry. Mudah kan?

Selepas 24 jam periksa sabun sekiranya ia masih sejuk atau lembut, biarkannya untuk tempoh 12 – 24 jam lagi di dalam acuan. Setelah betul-betul sejuk dan keras keluarkan sabun dan letakkan di atas kepingan kerta atau rak pembakar. Sekiranya anda perlu memotong sabun tersebut, ini merupakan masa yang sesuai untuk melakukannya.

Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setiap bahagian kepada angin.

Apabila sabun telah betul-betul matang ia perlu dibalut dengan kertas minyak atau disimpan di dalam bekas kedap udara. Ini kerana sabun menarik lembapan dari udara dan ini dalam masa yang sama mungkin akan memerangkap habuk.

Minyak Lebihan Menggoreng

Maka dengan itu siaplah sabun basuh pinggan natural kita. Minyak lebihan menggoreng dan lye tadi dah tak wujud dah. Yang tinggal cuma seketul sabun asli dari bahan semulajadi. Ni buat banyak sekaligus ni nanti boleh bagi pakcik Baha, mak mertua, adik beradik, ipar duai hahahah. Tak payah beli sabun basuh pinggan dan. Kita pun tak membazir.

Perhatian: Lye boleh dineutralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).

Nota: Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses kimia yang perlu dilalui.

Sumber: Suhaili Baharudin

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − 5 =