Jangan Kencing Masa Mandi Dalam Swimming Pool! Ini Sebabnya..

Membuang air kecil dalam kolam renang sudah pasti satu perkara yang tidak senonoh. Bayangkan, dalam satu swimming pool itu mesti ramai yang turut serta untuk berenang, bukan?

Jadi, adakah anda mahu air kencing anda itu mencemarkan satu kolam renang semata-mata hanya kerana anda malas keluar untuk ke tandas sebentar?

Jika anda berpendapat bahawa perbuatan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada anda dan orang lain, anda salah. Ia bukan sahaja tidak beretika, malahan juga berbahaya.

Tidak percaya? Lihat sahaja di sekeliling swimming pool itu. Kebiasaannya, pihak pengurusan akan meletakkan papan tanda “jangan kencing di dalam kolam renang”.

Jika kolam renang yang anda kunjungi itu tidak memiliki papan tanda ini, ia tidak bermakna anda boleh melepaskan air kumbahan anda itu sesuka hati!

kencing

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Hakikatnya, memang ramai yang melakukan perbuatan ini. Bukan sahaja orang biasa, golongan profesional juga tidak terkecuali.

Semasa Olimpik Musim Panas 2012 di London, beberapa atlet renang dunia mengesahkan bahawa mereka juga pernah melakukannya.

Akan tetapi, mereka turut menegaskan ia adalah sesuatu yang tidak wajar dicontohi. Ini kerana ia mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan anda secara tidak sedar.

Berbalik kepada persoalan, apa sebab kita perlu mengelak daripada perbuatan tidak senonoh ini?

Kenapa tidak boleh kencing masa mandi dalam kolam renang?

Menurut kajian yang diterbitkan di laman sesawang National Center For Health Research, air kencing boleh bergabung dengan klorin yang memang ada dalam kebanyakan swimming pool lalu menghasilkan bahan kimia yang berbahaya kepada manusia.

Kajian ini menambah bahawa tindak balas antara air kencing dengan klorin akan menghasilkan dua sebatian – cyanogen chloride and trichloramine.

Sebatian ini kemudiannya mungkin akan memasuki badan individu yang mandi di situ melalui mulut.

Akibatnya, ia mungkin akan mengakibatkan asma, demam, iritasi paru-paru serta pelbagai lagi masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan.

Kesimpulannya, kita tidak perlu berhenti daripada menjadikan berenang sebagai hobi.

Ia sudah tentu akan membuat kita lebih sihat dan kuat. Buat anda yang belum tahu, aktiviti ini boleh membantu individu yang ada masalah arthritis dan sakit sendi.

Selain itu, ia juga sangat sesuai dijadikan senaman untuk ibu hamil dan kanak-kanak. Cuma, jangan buang air kecil masa mandi dalam kolam renang.

Cuba bayangkan anda sedang mandi dalam sebuah takungan air yang dipenuhi dengan air kencing orang lain.

Sudah tentu anda pun geli, bukan? Selain itu, ia juga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada anda dan orang lain. Jadi, jangan buat kalau nak selamat.

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.