Cara Masak Kuetiau Goreng Ringkas Sedap, Mudah & Tak Hancur.

Sedapnya kalau dapat makan Kuetiau Goreng panas-panas. Namun ramai yang ‘gerun’ untuk masak kuetiau goreng kerana hasilnya terlalu lembik dan hancur. Jangan susah hati kerana resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah boleh dicuba. Malah hasilnya nampak sempurna. Cubalah. Pasti puas hati.

RESIPI KUETIAU GORENG RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk kuetiau mentah
  • 2 biji telur ayam gred B
  • 1/2 mangkuk kecil taugeh
  • 3-4 pohon daun kucai – hiris
  • 5 biji cili padi hijau – tumbuk kasar
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk kasar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • Sedikit kicap lemak manis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur macam ni. ( empunya resipi suka hancurkan telur diawal berbanding letak diakhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.)

Kuetiau Goreng

2. Bila telur nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.

Kuetiau Goreng3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati.

Kuetiau Goreng4. Tambahkan garam sedikit sahaja untuk melengkapkan rasa. Boleh juga letakkan gula jika suka. Selalu kalau goreng mi atau kuetiau, kena letak sedikit supaya rasa jadi seimbang dan sedap. ( Ini tip masa empunya resipi belajar dekat kedai siam.)

Kuetiau Goreng5. Masukkan kuetiau yang telah direndam seketika, dibasuh, dibilas dan ditoskan.

Kuetiau Goreng6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.

Kuetiau Goreng
7. Siap. Sedia untuk dinikmati.

Kuetiau Goreng8. Jika suka rasa masam, boleh perah jus limau nipis pada Kuetiau Goreng sebelum dinikmati.

Kuetiau Goreng

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 1 =