Jangan Fitnah Durian, Doktor Bidas Dakwaan Ada Makanan Tak Boleh Dimakan Dengan Durian

Jangan Fitnah Durian, Doktor Bidas Dakwaan Ada Makanan Tak Boleh Dimakan Dengan Durian | Bila bercakap pasal buah durian ini, sama ada you love it, atau you hate it. There’s nothing in between.

Bau yang terdapat pada buah durian terlalu kuat sehingga mereka yang tidak menggemarinya membandingkannya dengan bau bangkai tikus atau keju basi.

Berbeza pula dengan penggemar buah durian yang bukan sahaja sukakan bau buah tersebut bahkan turut merasakan raja bagi segala buah sangat enak kerana mempunyai rasa berbeza serta memberi kepuasan yang tersendiri.

Namun begitu, buat yang aktif dengan media sosial pasti pernah terlihat posting viral tentang pantang larang mengatakan bahawa durian tidak boleh dimakan dengan sesetengah makanan tertentu seperti minuman berkarbonat atau berkafein, susu, ketam, daging, dan terung.

fitnah durian

Selain itu, ada juga yang percaya buah durian tidak boleh dimakan ketika mengambil ubat-ubatan serta tidak elok untuk wanita mengandung kerana boleh menyebabkan panas dalam. Ini merupakan antara fitnah durian!

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang doktor perubatan telah tampil memberi penjelasan dan membidas kepercayaan tersebut.

Jangan Fitnah Durian

Seorang doktor yang cukup popular di media sosial, Dr. Rafidah Abdullah yang juga merupakan doktor pakar buah pinggang menyatakan dakwaan buah durian tidak boleh dimakan bersama sesetengah makanan itu adalah sekadar mitos dan tidak berasas.

Dr. Rafidah Abdullah.

Bahkan, buah tersebut boleh dimakan dengan gabungan apa jenis makanan sekalipun, asalkan diambil secara moderasi. Berikut adalah penjelasan yang diberikan Dr. Rafidah menerusi laman Twitter:

Kenapa ya agaknya nak memberi panduan yang menyesatkan kepada masyarakat? Durian boleh makan, dengan apa jua sekalipun. Makan sedikit, tak boleh melantak.

Memang lah tak elok minuman berkarbonat. Kandungan gula pun sangat tinggi. Kalau boleh elakkan. Apa pulak kena mengena secara langsung dengan durian?

BACA: Tip Untuk Memilih Buah Durian Yang Elok Di Pasaran, Baru Puas Makan!

Bukan itu sahaja, Dr. Rafidah turut meluangkan masa menjawab beberapa pertanyaan daripada warganet berkenaan buah durian

Salah satu mitos popular bahawa durian boleh mengakibatkan panas dalam telah dibidas Dr. Rafidah yang mana menurutnya tiada istilah โ€˜panas dalamโ€™ dalam bidang perubatan.

Di bawah adalah antara pertanyaan daripada para warganet yang melibatkan fitnah durian:

Cakap pasal durian ini, tiba-tiba tekak pun mengidam nak makan durian! So selepas ni dah boleh hentikan fitnah durian ni ya..kesian durian!

Image from Giphy

Image via Giphy

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × two =