Resipi Mee Celup Ala Thai Viral Anda Wajib Cuba, Lebih 20K Perkongsian!

Resipi Mee Celup Ala Thai Viral Anda Wajib Cuba, Lebih 20K Perkongsian! | Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, mee celup merupakan menu utama yang sering dipesan oleh pelanggan.

Mempunyai rasa sup yang pedas dan masam menjadikan juadah ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tetapi, bila makan di kedai mesti kurang rasa puas seperti yang dimasak di rumah sendiri. Mesti ramai tercari-cari resipi mee celup yang padu macam ni kan?

Jadi, ini perkongsian resipi mee celup thai ‘sebijik’ macam di kedai Thai yang anda boleh buat di rumah. Mesti puas makan dan satu keluarga nak lagi!

RESIPI MEE CELUP ALA THAI

BAHAN- BAHAN

resipi mee celup

  • Ayam / tulang daging lembu
  • Meatball / bebola daging (celur)
  • Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang / sup
  • Kangkung / sawi / tauge
  • Kicap pekat
  • Garam / gula / ajinomoto
  • Cili serbuk
  • Cili jeruk (cili besar hijau)
  • Cili api
  • Kacang tanah tumbuk halus
  • Bawang putih goreng
  • Bawang merah goreng
  • Bawang putih jeruk
  • Kicap soya / manis
  • Kicap sotong thai
  • Lada hitam serbuk
  • Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun

CARA-CARA UNTUK BUAT RESIPI MEE CELUP

1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging..

resipi mee celup

2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.

3. Masukkan akar daun ketumbar , perencah thai , 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.. Semalam sy buat ayam seekor setengah, sy masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.

4. Masukkan garam , ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.

5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.

6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.

7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus

8. Sedia utk dihidang.

CARA BUAT HIDANGAN PERENCAH PENAMBAH PERASA

resipi mee celup

1. Cili jeruk – Potong halus-halus , rendam bersama cuka makan

2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.

BACA: Resipi Mee Wantan Kicap Lengkap Dengan Sup

3. Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudoan blend / tumbuk.

4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.

resipi mee celup resipi mee celup

Psstt : Wajib celur mee & sayur-sayuran kalau nak buat resipi mee celur ni.. supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah.

Sumber: Fatin Shaida

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 4 =