Tip Untuk Memilih Buah Durian Yang Elok Di Pasaran, Baru Puas Makan!

Bila musim buah durian memang merata-rata tempat kita tengok orang menjual buah durian ini. Ada banyak jenis buah durian bergantung kepada kemampuan poket dan juga tekak peminat raja buah ini.

Namun adakalanya kerana kurang pengetahuan tentang raja buah ini ramai merasakan diri mereka ditipu oleh penjual. Paling malang kalau buah yang dibeli berharga kayangan.

Umumnya buah durian akan masak dan gugur apabila mencapai 95 hingga 135 hari selepas bunga kembang. Durian D99 antara durian yang paling awal gugur.

buah durian

BACA: Cara Menanam Benih Durian Musang King Yang Betul, Hasil Pasti Puas Hati!

Artikel kali ini ingin saya kongsikan beberapa tip atau kaedah yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih buah durian yang masak dan berkualiti di pasaran.

1. GONCANG BUAHNYA – buah yang masak akan merasakan gegaran di dalamnya dimana ulas durian sudah tidak melekat pada pangsanya.

2. HIDU BAUNYA – pilihlah buah yang telah mengeluarkan aromanya yang kuat menandakan isinya sudah masak dengan sempurna.

3. KETUK BUAHNYA – buah yang berkualiti adalah lebih ringan dan bila diketuk ianya kedengaran seakan ‘kosong’. Boleh cuba keruk-keruk pada kulitnya jika anda tahan pada durinya.

4. SENTUH DURINYA – buah yang masak dengan elok mempunyai durinya yang agak lembut berbanding buah yang masih mentah.

5. BELAH BUAHNYA – tips terakhir adalah paling BERKESAN. Jika anda beli durian tepi jalan, suruh penjual belah untuk memastikan isi betul2 masak dan tidak berulat atau rosak.

Jangan beli dan bawa balik tanpa dibelah buahnya. Cantik diluar belum tentu masak di dalam. Jika tidak, anda akan kerugian beli buah yang tidak masak dengan harga yang tinggi.

Selamat mencuba dan nikmatilah keenakan ‘raja buah’. Terima kasih kepada semua petani.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook terima kasih

Kredit: Pendidikan Pemasaran FAMA

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 2 =