Home All Petua Dapur Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai

Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai

1332
0
cheesecake
Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai 1

Setiap kali ke kafe hipster, burnt cheesecake menjadi antara menu mesti ada setiap kali cafe-hopping. Namun, bila tengok harga, mesti fikir berkali-kali untuk memesannya. Apa kata cuba pula buat sendiri pula, bahannya mudah didapati, caranya pun ringkas saja, seperti dikongsikan Puan Siti Zalikha di Facebook. Jom cuba!

Bahan-bahan Cheesecake:

cheesecake

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 150gram gula halus
  • 15gram tepung gandum (Ayakkan dulu)
  • 500gram cream cheese
  • 250gram whipping cream

Cara-cara:

Hitam Bukan Sebarang Hitam, Hitam Cheesecake Rentung Lemak Manis Disukai Ramai 2

  1. Panaskan dahulu oven dlm suhu 200°c selama 10 minit.
  2. Pukul cream cheese bersama gula halus sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu demi satu. Mixkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Mixkan sebati.
  4. Masukkan whipping cream kacau2kan dengan spatula. Dah rata. Masukkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 200°c selama 1jam. Bila kek dah sejuk baru potong.

Sumber: Puan Siti Zalikha

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here