Untuk Elak Rumah Berbau Selepas Memasak, Ikut 3 Cara Ni Jer!

Bagi sebahagian kaum wanita memasak itu adalah aktiviti yang menyeronokkan, ibarat terapi buat diri. Apatah lagi, jika menyediakan hidangan untuk dijamu kepada keluarga tercinta.

Pun begitu, sering juga terjadi kita berasa tertekan dengan bau yang kurang enak menjengah ke segenap ruang kediaman setelah usai memasak. Malah bau tersebut terus melekat pada sofa, langsir dan sebagainya.

Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.

Sebelum

Tutup pintu (jika dapur anda ada pintu di antara ruang dapur dan ruang tamu) dan pastikan tingkap dibuka. Pasang kipas untuk melancarkan pengudaraan.

memasak, cara elak rumah berbau masakan, bau masakan, asap ketika memasak, aroma masakan, bau rumah aroma masakan, berbau selepas memasak, rumah berbau aroma masakan

Semasa

Buang segala makanan yang mudah rosak dan berbau dalam plastik yang berasingan agar mudah dibuang ke dalam tong sampah di luar rumah.

Sambil memasak sambil itulah mengemas seperti mencuci periuk dan kuali yang sudah selesai digunakan daripada membiarkannya berbau di sinki.

Selepas Memasak

Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau. Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar.

Masukkan ke dalam oven bersuhu 200 darjah selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five − 4 =