Cara Buat Dadih Susu Full Cream Yang Sedap Berkhasiat. Wanita Ini Kongsikan Resipinya

Cara Buat Dadih Susu Full Cream Yang Sedap Berkhasiat. Wanita Ini Kongsikan Resipinya | Dadih antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang.

Teksturnya yang lembut dan mudah cair juga sesuai jika mahu diberikan kepada anak kecil. Apatah lagi, jika ia disajikan dalam pelbagai perisa, pasti menambat hati anak-anak kan.

Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri hujung minggu nanti. Boleh ajak anak-anak untuk bantu sama di dapur. Pasti lebih meriah kan. Admin kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak cara buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba 😂🤭 Sungguh, sangat-sangat sedap! 😋 Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! 😉

dadih susu

Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️

Dadih Susu Full Cream

dadih susu

Bahan-bahan membuat dadih susu

  • 1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
  • Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
  • Gula ikut kemanisan sendiri
  • Garam secubit rasa
  • 1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

dadih susu

Cara membuat dadih susu:

  • Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
  • Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
  • Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
  • Siap untuk ditelan!!

dadih susu

dadih susu

dadih susuSumber: Novelis Afieyza Isahak via Puan Niswah Hasina[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 + 9 =