Home All Petua Keselamatan Baca Doa Ini Ketika Berulang Alik Ke Tempat kerja Atau Sebelum Memulakan...

Baca Doa Ini Ketika Berulang Alik Ke Tempat kerja Atau Sebelum Memulakan Perjalanan.

29469
4
tempat kerja

Perjalanan ulang alik ke tempat mencari rezeki atau perjalanan pergi dan pulang dari destinasi pilihan merupakan satu keadaan yang kita perlu sentiasa berwaspada.

Selain dari memastikan keadaan kenderaan kita berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu kami juga ingin berkongsi amalan-amalan yang boleh dipraktiskan sebelum anda meneruskan perjalanan.

Pesanan arwah ayah captain dahulu, baca doa-doa ini untuk berulang alik ke tempat kerja. Jika berlaku kemalangan, Allah SWT akan melindungi kamu serta memelihara dari sebarang kecederaan.

Pernah suatu hari pada tahun 1992, captain terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sidam Kanan ke Sungai Petani.

Kereta yang dipandu oleh captain berpusing beberapa kali dan merempuh tiang letrik serta jatuh ke dalam parit yang dalam selepas hilang kawalan kerana jalan basah selepas hujan lebat.

Jika dilihat pada kereta yang remuk itu, memang sah pemandunya maut atau pun cedera parah sekiranya hidup. Insyaallah captain selamat dan tiada sedikit pun kecederaan dan tiada sebarang calar atau luka kena serpehan kaca. Seperti bangun dari tidur selepas mimpi ngeri. Itulah hebatnya kuasa Allah SWT. Kata arwah selepas sampai di rumah. Allah sayang kamu.

Untuk pembaca setia, bacalah doa-doa ini ketika ulang alik ke tempat kerja semoga menjadi amalan ketika keluar dari rumah untuk kemana-mana sahaja walaupun dekat atau jauh. Semoga dengan amalan ini kita selamat dari pelbagai jenis kemalangan.

DOA-DOA INI YANG SELALU DIAMALKAN KETIKA KELUAR RUMAH UNTUK BERULANG ALIK KE TEMPAT KERJA YANG DIBERIKAN OLEH ARWAH.

  1. Doa Keluar Rumah.
  2. Doa Menaiki Kenderaan Darat.
  3. Doa Selamat Dari Sebarang Kecederaan.

1. DOA KELUAR DARI RUMAH.

Maksudnya:

“DENGAN NAMA ALLAH AKU MENYERAHKAN DIRIKU KEPADA ALLAH, TIDAK ADA DAYA UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH”

2. DOA MENAIKI KENDERAAN DARAT.

Maksudnya:

“MAHA SUCI ALLAH YANG MEMUDAHKAN INI BAGI KAMI DAN TIADALAH KAMI BERKUASA MEMPERGUNAKANNYA JIKA TIDAK KERANA KURNIA-MU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI.”

3. DOA SELAMAT DARI SEBARANG KECEDERAAN.

“INNALLAZI FAROTHO A’LAI KALLQURANN NALAAROD DUKAA ILAII MAAD”

(Akan dimasukkan imagenya nanti beserta terjemahannya)

DOA TAMBAHAN DARI CAPTAIN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN ATAU DITIMPA KECELAKAAN.

Maksudnya:

“DENGAN NAMA ALLAH, TIADA , TIADA DAYA UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG”


Apa pandangan anda dengan artikel ini? Semoga keselamatan kita terpelihara dalam perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Komen di bawah:

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here