Home All Pengetahuan Am Inilah 7 Cara ‘Move On’ Elak Diri Jadi Mangsa Sakit Mental, Jangan...

Inilah 7 Cara ‘Move On’ Elak Diri Jadi Mangsa Sakit Mental, Jangan Seksa Diri Sendiri!

1148
0
Inilah 7 Cara ‘Move On’ Elak Diri Jadi Mangsa Sakit Mental, Jangan Seksa Diri Sendiri!

Inilah 7 Cara ‘Move On’ Elak Diri Jadi Mangsa Sakit Mental, Jangan Seksa Diri Sendiri! | Isu peningkatan pesakit mental di Malaysia yang dilaporkan di dalam media massa masa kini sewajarnya membuka mata kita semua

Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff melalui Astro Gempak membuka pekung didada apabila memberi tahu bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah disayanginya sehinggakan dia mengambil masa 5 tahun untuk move on dari episod cintanya yang lalu dan hampir mengalami masalah sakit mental.

Untuk info, Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2015.

So, ini 5 tip move on daripada crush yang korang kena buat dan elak sakit mental.

1. Sayang Diri Sendiri Dulu!

sakit mental

Sebelum ni asyik sayangkan orang lain lebih daripada diri sendiri? So, sekarang sudah tiba masa untuk korang sayangkan diri sendiri pulak. Macam mana?

Dengan cara tidur awal, cukup 8 jam sehari, makan dengan tertib, bergaul dengan orang yang supportive, pergi gym selalu ke? Janji korang buat apa yang boleh buat korang happy buat buat perkara yang boleh ke arah sakit mental!

2. Luahan Perasaan Dengan Someone

Korang call girlfriends korang. Cakap dan luahkan semuanya dengan diorang sampailah korang puas! Kalau nak menangis, menangis je sepuah hati dan percayalah lepas tu korang akan rasa okay. Time macam ni memang korang perlukan orang yang boleh dengar luahan hati korang dan yang boleh support korang.

3. Pergi Weekend Trip

Pergilah solo trip ke mana-mana di hujung minggu. Bila jalan sorang-sorang, korang takkan teringat dekat ex sebab otak korang banyak fikir pasal nak jalan mana, nak makan mana semua. Kan senang macam tu! Takdelah korang nak sedih sorang-sorang kat bilik kan?

4. Jangan Cepat Sangat Ada Relationship Baru

Ni memang a total NO! Bila korang ada bf baru lepas break dengan ex, korang hanya gunakan dia untuk lupakan ex korang je. Senang cakap, hubungan korang tu rebound semata-mata. Nanti end up, korang akan sakitkan hati dia. Kesian wei kat dia!

5. Jangan Shittalk Ex Korang

Memang best bila dapat kutuk ex korang dekat bff kan? Tapi, benda ni tak elok untuk mental health korang. Belum tentu penyebab korang breakup salah dia 100%. Terima je hakikat dan doakan yang terbaik untuk hidup dia. Lagi bagus macam tu.

BACA: Tanda Penyakit Mental Hoarding Disorder, Jenis Yang Suka Simpan Barang, Sayang Nak Buang!

6. Block Instagram, Facebook & Whatsapp Ex

Jangan ambik tahu langsung pasal dia. Ni lah cara paling senang untuk korang move on. Korang perlukan masa dan space untuk lupakan dia. Tapi, kalau korang still stalk dia sebab nak tahu life dia tanpa korang atau dia dah ada orang baru ke belum, bila korang boleh move on?

7. Jangan Salahkan Diri Sendiri

Daripada korang blame diri sendiri sebab korang breakup, baik korang fikir benda yang lagi berguna. Sebab korang breakup pun bukannya sebab korang punca masalahnya, tapi korang berdua yang bermasalah. Jadi, janganlah blame diri sendiri dengan benda yang dah jadi dan boleh jadi punca sakit mental.

Mudah kan? Korang tak payah la nak sedih-sedih nangis sampai mata bengkak. Anggaplah dah memang bukan jodoh korang dan pastinya akan ada yang lebih baik untuk korang nanti. InsyaAllah.

BACA: 11 Cara Sempoi Dr. Hamid Arshat Kawal Stres, Katanya Inilah Punca Sebenar Penyakit Bahaya Datang

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here