Bagaimana KERJA SYIF Boleh Undang Keletihan Melampau

Bagaimana KERJA SYIF Boleh Undang Keletihan Melampau | Tidak ada satu pekerja pun yang mahu bertindak lalai atau culas dalam melaksanakan tugas. Senario pekerja kelihatan lesu, mengantuk dan terlelap di kaunter perkhidmatan atau meja kerja pada waktu malam di pejabat yang kebanyakannya beroperasi 24 jam merupakan insiden yang sukar dielak.

Bukan mahu mempersoal atau mengiyakan tindakan tersebut, tetapi sebagai seorang manusia yang diciptakan punya hati, perasaan, rasa letih dan penat, mana-mana pekerja pun tidak terlepas mengalami situasi sama apabila mereka terpaksa berjaga sepanjang malam.

Usah cepat menghukum sebaliknya lihat pada perspektif positif tentang realiti kerjaya bagi mereka yang terpaksa bekerja syif ini. Nampak remeh namun sebenarnya ia bukan tugas mudah. Jelas Doktor Kesihatan Pekerjaan, Mohd Fadhli Mohd Fauzi, hal ini melanggar jam biologi yang ditetapkan dalam sistem badan manusia.kerja syif,risiko bahaya kurang tidur, bahaya kerja syif, risiko kerja syif, risiko tak cukup tidur, bahaya tak cukup tidur

“Kerja syif adalah ‘hazard’ pekerjaan yang popular walaupun di pandang enteng oleh sesetengah pihak yang kurang empati. Banyak kajian yang telah dibuat dan ada kemalangan di tempat kerja yang dikaitkan dengan kerja syif.

Ada juga kajian yang mengaitkan faktor genetik dengan keupayaan untuk kerja syif atau ‘circadian rhythm’ manusia, yang mungkin menjawab persoalan mengapa ada yang mampu bertahan dan mungkin terlena. Yang mampu bertahan, jangan bongkak.

Kajian berkaitan ‘chronotype’ iaitu menilai sama ada seseorang itu adalah jenis ‘morningness person’ atau ‘eveningness person’ atau ‘indifference’ juga ada dilakukan. Ada yang boleh tidur waktu siang selepas kerja syif, dan ada juga yang langsung tak boleh,” terang Pegawai Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

BACA JUGA: 4 Posisi Tidur Yang Betul Ikut Penyakit

Puncak Masa Mengantuk Ketika Kerja Syif

“Jam 3 hingga 4 pagi adalah antara puncak rasa mengantuk dalam kebanyakan individu dan ia mempunyai hubungkait dengan circadian rhythm. Saat itu, suhu badan adalah pada tahap terendah. Jangan marah mereka kerana ia adalah jam biologi mereka.

Ini belum lagi sentuh bab kerja oncall dan microsleep. Hanya yang pernah bekerja lebih 24 jam berturut-turut yang mampu memahami situasi. Anak bini terabai, penat fizikal, penat mental, malah ada yang kehilangan nyawa dalam perjalanan pulang dari kerja. Yang kerja 8 hingga 12 jam pada syif malam pun berisiko menghadapi efek yang sama.risiko bahaya kurang tidur, bahaya kerja syif, risiko kerja syif, risiko tak cukup tidur, bahaya tak cukup tidur

Ia bukan hanya terpakai untuk doktor, jururawat atau dressar, tetapi juga kepada pemandu lori, pemandu bas, operator kilang, pengawal keselamatan dan segala macam jenis pekerjaan lagi. Semua ada situasi sendiri yang perlu sama-sama kita fahami.

Nak atau tak nak, kerja syif tetap perlu ada dalam sektor pekerjaan yang kebanyakan perlu beroperasi 24 jam. Tak salah, namun perlulah ada langkah menangani kesan negatif akibat daripada kerja syif.

Belajarlah untuk memahami dan empati. Ini terpakai bukan hanya kepada masyarakat sebagai klien, tetapi juga untuk bos-bos di jawatan lebih tinggi. Fahami situasi staf anda, jangan bertindak hanya dengan ‘spinal reflex’ sahaja. Bos perlu berperanan sebagai pemangkin membakar motivasi dan membantu mencari intervensi serta solusi.”

Sumber: Facebook Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Doktor Kesihatan Pekerjaan

BACA JUGA: 4 Risiko Bahaya Bila Sering Tidur Meniarap

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 1 =