Cara Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Elok Tak Kerinting! - Petua Ibu

Cara Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Elok Tak Kerinting!

Cara Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Elok Tak Kerinting! | Cili solok atau lada solok ini popular di Kelantan tapi nak cari di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang payah sikit. Cili jenis ini tak berapa pedas dan banyak diguna dalam masakan, yang paling popular solok lada.

Kalau susah sangat nak jumpa, apa kata cuba tanam lada solok sendiri. Boleh ikut perkongsian Ben Safwan ini.

Tip tanam lada solok berbuah lebat

Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat, tahan penyakit seperti lalat buah, bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.tanam lada solokCara Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Elok Tak Kerinting!

1. Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Shopee. Dah stabil dah subur.

tanam lada solok

 

2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.

Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.

3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.

tanam lada solok
Putik bunga dah keluar walaupun pokok kecil lagi

4. Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.

Cara siram dan pembajaan serta tip

tanam lada solok

  • Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
  • Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
  • Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
  • Bila buah dah lebat,stop dulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.

tanam lada solok

  • Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar
  • Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah, sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
  • Jangan lupa cakap-cakap dengan pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah. Gitulah cara tanam lada solok .

BACA JUGA :: Petua Mudah Pastikan Pokok Cili Anda Lebih Sihat Dan Tahan Penyakit

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.