Peguam Kongsi Perbezaan Dokumen Yang Perlukan Mati Setem & Pesuruhjaya Sumpah.

Peguam Kongsi Perbezaan Mati Setem & Pesuruhjaya Sumpah, Ini Cara Betul Buat Dokumen Perjanjian. | Ramai antara kita sering membuat tanggapan cop dari Pesuruhjaya Sumpah laku jika sudah disahkan oleh pegawai dilantik tersebut.

Namun tahukah korang bahawa bukan semua dokumen laku walau sudah ada cop dan tandatangan dari Pesuruhjaya Sumpah kerana ada sesetengah dokumen hanya sah dan laku selepas dibuat mati setem (setem hasil).

Seperti kata peguam hartanah terkenal, Salhukhairi Abd Sukor yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI) ia TIDAK TEPAT DARI SEGI PROSEDUR UNDANG-UNDANG.

pesuruhjaya sumpah

Perbezaan Dokumen Mati Setem Dengan Dokumen Cop Pesuruhjaya Sumpah

Bagi korang yang mungkin keliru di antara mati setem dan cop pesuruhjaya sumpah boleh baca di bawah ini yang dikongsi oleh beliau di pagenya.

Apakah dokumen yang perlu di mati setem dan dokumen yang perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah?

BACA JUGA :: Nama Tiada Pada Geran Hartanah Suami? Isteri Jangan Bimbang Ini Penjelasan Peguam

Disebabkan masih ramai yang keliru, maka saya terpaksa terangkan semula perkara ini.

1. Ramai yang masih keliru tentang apakah dokumen-dokumen yang perlu dimati stem dan apakah dokumen-dokumen yang hanya perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.

2. Dokumen yang perlu dimati stem biasanya adalah dokumen-dokumen kontrak / perjanjian yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak.

3. Dimana kesemua pihak dalam kontrak tersebut telah menurunkan tandatangan masing-masing pada muka surat akhir kontrak / perjanjian tersebut dihadapan saksi yang berkelayakan dari segi undang-undang (seperti peguam, hakim mahkamah, notary public dsbg).

4. Dan kontrak tersebut apabila telah ditandatangani, ianya akan mengikat kesemua pihak yang berkontrak ANTARA SATU SAMA LAIN.

5. Untuk membolehkan kontrak / perjanjian tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah sekiranya pada kemudian hari berlaku perbalahan berkaitan dgn kontrak tersebut, maka ianya WAJIB di mati stem di pejabat duti stem LHDN.

6. Pun begitu, jika tidak dimati stem, ianya TIDAK menjadikan dokumen kontrak tersebut TIDAK SAH. Cuma ianya mungkin tidak boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah sehinggalah ianya di mati setem . Dan jika ianya ingin di mati setem kelak selepas sebulan daripada tarikh perjanjian, penalti akan dikenakan terhadap dokumen tersebut oleh LHDN.

7. Manakala dokumen yang perlu ditandatangan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah pula adalah dokumen yang melibatkan satu perakuan bersumpah yang dibuat oleh mana-mana pihak sama ada seorang atau lebih dari seorang berkenaan dengan sesuatu fakta.

8. Dan perakuan bersumpah itu hanya akan mengikat PIHAK yang membuat perakuan bersumpah itu SAHAJA. Dan perakuan bersumpah itu hendaklah ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.

9. Jadi jika anda hendak buat satu perjanjian jual beli atau perjanjian sewaan atau apa-apa sahaja jenis perjanjian dengan kawan anda atau dengan pihak lain misalnya, yang mana masing-masing akan terikat satu sama lain dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut, maka prosedur yang PALING BETUL adalah anda buat satu perjanjian yang berkenaan (atau boleh lantik peguam untuk sediakan perjanjian tersebut) dan masing-masing turunkan tandatangan dihadapan peguam sebagai saksi, kemudian pergi mati setem.

10. BUKANNYA pergi pejabat pesuruhjaya sumpah kemudian suruh tukang taip di pejabat pesuruhjaya sumpah tu sediakan satu perjanjian ringkas dan anda turunkan tandatangan di hadapan pesuruhjaya sumpah, kemudian pesuruhjaya sumpah turunkan tandatangan dan cop pesuruhjaya sumpah pada perjanjian tersebut.

Cara ini TIDAK TEPAT DARI SEGI PROSEDUR UNDANG-UNDANG.

11. Tetapi sekiranya anda hanya ingin buat satu perakuan untuk mengesahkan tentang sesuatu perkara yang hanya akan mengikat diri anda sahaja, misalnya perakuan yang geran tanah anda telah hilang dari simpanan, maka tak perlulah anda buat satu perjanjian dan pergi mati stem. Memadailah dengan anda buat satu surat akuan bersumpah kemudian pergi ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk perakuan dan pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja.

Harap huraian saya ini jelas difahami dan tiada yang keliru lagi. Sila LIKE, KOMEN, SHARE dan TAG sebagai tanda anda faham. Terima kasih,

BACA JUGA :: Sebelum Beli Rumah Daripada Pemilik Asal, Lakukan 3 Perkara Ni

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 − 5 =