Home All Petua Dapur Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tetap Segar Walau Hampir 4...

Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tetap Segar Walau Hampir 4 Minggu Simpan!

5197
0
Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tetap Segar Walau Hampir 4 Minggu Simpan!

Cara Simpan Daun Kunyit, Pudina & Kesum, Tetap Segar Walau Hampir 4 Minggu Simpan! | Sayur jenis daun memang tak tahan lama kalau diletak begitu saja dalam peti sejuk. Selalu 3 hari dah layu.

Yang ada tanam pokok daun-daun ni tiada masalah sebab nak pakai petik je kan, tapi kalau tiada memang kena beli dan simpan lah. Tak kan setiap kali masa nak memasak nak kena pergi kedai beli agak leceh juga tu kan?

Tapi kalau ikut cara yang dikongsi oleh Huda Zainal, daun kunyit dan kesum yang disimpah lama pun masih segar.

BACA: Cara Betul Simpan Daun Bawang, Sup & Kucai Supaya Tahan Lama

Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.

Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.

simpan daun

Cara Simpan Daun Kunyit, Kesum & Pudina

Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.

Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.

simpan daunMacam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.simpan daun

Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.

simpan daunCover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator.

Selamat mencuba!

Sumber: Huda Zainal

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here