Cara Betul Simpan Daun Bawang, Sup & Kucai Supaya Tahan Lama

Kegunaan daun bawang, daun sup, kucai dan sebagainya dalam masakan selalunya bukan dalam jumlah yang banyak.

Guna sikit saja selebihnya disimpan, kadangkala hingga berlendir atau rosak. Memang rugi terutama buat ibu-ibu yang jarang memasak.

Untuk elakkan perkara yang sama berulang bolehlah mempraktikkan petua yang dikongsi oleh Puan Naziati Abdullah ini.

Cara untuk simpan daun bawang cukup mudah, potong dan bekukan.

  • Hiris daun bawang.
  • Isi dalam bekas kiub ais.

Cara Betul Simpan Daun Bawang, Sup & Kucai Supaya Tahan Lama

  • Tuang air, sebaiknya guna air sejuk untuk cepat beku.
  • Simpan dalam tempat beku peti sejuk. Bila mahu gunakan ambil seberapa banyak yang perlu dan terus masuk dalam masakan.

Cara Betul Simpan Daun Bawang, Sup & Kucai Supaya Tahan Lama

Langkah yang sama boleh juga dibuat untuk menyimpan lebihan daun sup, daun kari dan juga daun limau purut. Jadi taklah membazir! Selamat mencuba.

Sumber: Naziati Abdullah

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 1 =