Cara Nak Buat Perapan Daging Bakar Ni Mudah Sangat, Patutlah Dapat Lebih 17K Share!

Cara Nak Buat Perapan Daging Bakar Ni Mudah Sangat, Patutlah Dapat Lebih 17K Share! | Nak buat suami makin sayang mudah aje, jaga perutnya! Barulah bahagia sehingga ke akhir hayat. Sebagai isteri tentunya pelbagai resepi dicuba supaya suami suka makan dirumah.

Kepada para isteri yang ingin cuba resepi buat suami tercinta, boleh cuba resepi viral ni, iaitu daging bakar serta sos pencicah. Memang superb! Jom semak perkongsian menarik puan WN Ateeqah cara buat perapan daging untuk di bakar agar menjadi menu kegemaran suami dan anak-anak.

Cara Buat Perapan Daging Untuk Dibakar

perapan daging

  • Hiris daging dan bersihkan

perapan daging

  • Bahan perap 4 sepupu..sukatan main bedal. Ikut suka jari menggaul agak2 sebati gituhhh. Sos tiram Sos cili Sos blackpepper Nampla ***brand tak kisah mana-mana yang korang suka Tudung periuk kat belakang tu tak de fungsi. Lupa nak alih

perapan daging

  • Pastu lada hitam kisar dalam sesudu teh..nak bagi kaww lagik.Tadaaa..macam ni la rupanya lepas digaul. Perap selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Eh..minyak masak lupa nak snap. Ko letak dalam 3-4sudu makan. Nak bagi lembut2 sikit. Barulah jimat poliden. Resepi asal letak gula. Aku tak letak. Dah cukup manis sos semua tu.

perapan daging

  • Pastu bakar perapan daging tadi dalam pan ajaib kesayangan korang tu. Makesure betul-betul panas dulu baru ko letak perapan daging tu. Masa ni bau dia fuhhh…perut dan bunyi.

perapan daging

  • Tadaaaa..siap dibakar. Ikut suka korang nak tara mana. Nak garing ke, nak separuh masak ke..up to u

Sos pencicah sedap!

perapan daging

  • 2 sudu makan beras disangai.

perapan daging

  • Ko tumbuk halus. Lepas tu ketepikan. Epik betul lesung batu

perapan daging

  • Sekeping gula melaka/nisan Tumbuk sampai hancur atau sampai tangan lenguh

perapan daging

  • Cili padi ikut suka banyak mana. Ku letak 5biji. Tekak melayu. Bukan tekak korea samyang

perapan daging

  • Nampla 3 sudu. Baik2 jangan terpercik macam aku tadi. Abis achemm baju

perapan daging

  • Limau nipis sebiji amik air je. Aku suka masam. So letak 2 bijik.

perapan daging

  • Asam jawa dalam sesudu teh. Aku suka yang adabi tu. Senang dan sedap

perapan daging

  • Letak bawang merah yang dihiris dalam 4-5biji.

perapan daging

  • Daun ketumbar hiris halus. Aku suka letak banyak. Masa gigit tu lahai..yummy.

perapan daging

  • Beras sangai tadi ko masukkan. Ke dah lupa?

perapan daging

  • Dah gaul sebati rasa sikit. Nak tambah garam ke gula ke seenak tekak lah. Gula aku x masukkan sebab dah cukup manis gula melakanya. Garam letak sikit.

perapan daging

Ya Allah..licin daging tadi kena lahap laki bini 🙊 Masa makan x sedar wei. Sedar2 je last bite. Dan la snap. Sos pon nasib x licin woii.Selamat mencuba!

BACA JUGA :: Inilah 6 Teknik Untuk Lembutkan Daging Supaya Tidak Liat Ketika Dimasak

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 − 1 =