Inilah 6 Teknik Untuk Lembutkan Daging Supaya Tidak Liat Ketika Dimasak - Petua Ibu

Inilah 6 Teknik Untuk Lembutkan Daging Supaya Tidak Liat Ketika Dimasak

Inilah 6 Teknik Untuk Lembutkan Daging Supaya Tidak Liat Ketika Dimasak | Ramai di antara kita suka makan daging, tambahan pula ketika hari raya korban. Mesti dapat banyak daging percuma dari hasil korban pada hari tersebut.

Tapi adakalanya daging yang dimasak jadi liat dan bila makan agak tidak berapa nak selesa ketika hendak kunyah. Lagi menyedihkan lagi bagi orang tua yang sudah tidak mempunyai keupayaan yang kuat pada rahang mereka, untuk makan daging tersebut.

Dengan ini, ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan sebelum kita masak daging tersebut supaya menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikunyahkan. Jom kita lihat 6 teknik untuk lembutkan daging yang liat.

lembutkan daging

BACA: Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup

6 TEKNIK UNTUK LEMBUTKAN DAGING YANG LIAT MENJADI LAZAT

A) Daun Nangka

Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian, masukkan sahaja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama daging yang hendak direbus

B) Pinang Tua

Ambil setengah atau sebiji pinang tua, kupas dan bersihkan. Masukkan ke dalam periuk yang untuk dimasak sekali dengan daging.

C) Daun Betik

Cara ini khas untuk buat sate daging. Memula, hiriskan terlebih dahulu daging yang hendak dimasak. Kemudian, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya. Bungkus daging tadi dengan daun betik, biarkan dalam satu jam. Setelah itu, barulah boleh bakar sate daging tadi dan lihatlah hasilnya nanti.

D) Tebu

Sebarang jenis tebu boleh digunakan, buang kulit dan bersihkan. Potong tebu tadi secara memanjang seruas-seruas. Kalau nak buat daging rendang, masukkan je isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk menyediakan rendang. Kemudian, masaklah sampai rendang daging itu empuk.

Kalau nak buat sup daging, rebus isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan untuk mereneh sub. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan lagi keenakkan.

E) Daun Pisang

Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih, Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi. Masukkan terus ke dalam kuali bersama-sama dengan daging yang nak dimasak.

F) Buah Keras

Tumbuk buah keras sampai lumat kemudian masukkan ke dalam masakkan seperti gulai daging.

Kesemua bahan-bahan untuk melembutkan daging di atas mudah untuk didapati. Kaedahnya sangat mudah dan tidak merumitkan. Lepas ni boleh amalkan dalam masakkan kita. Selamat mencuba ye.

BACA: Pemuda Jual Daging Dhab Sebagai Juadah Cetus ‘Pertelingkahan’ Netizen

You might also like
3 Comments
  1. […] Allah..licin daging tadi kena lahap laki bini 🙊 Masa makan x sedar wei. Sedar2 je last bite. Dan la snap. Sos pon […]

  2. […] BACA: Inilah 6 Teknik Untuk Lembutkan Daging Supaya Tidak Liat Ketika Dimasak […]

  3. […] BACA JUGA :: Inilah 6 Teknik Untuk Lembutkan Daging Supaya Tidak Liat Ketika Dimasak […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.