Home All Petua Kecantikan Diri Perempuan Malu Ada ‘Misai’? Ni 5 Cara Mudah Nak Hilangkannya

Perempuan Malu Ada ‘Misai’? Ni 5 Cara Mudah Nak Hilangkannya

6681
0
Perempuan Malu Ada 'Misai'? Ni 5 Cara Mudah Nak Hilangkannya

Perempuan Malu Ada ‘Misai’? Ni 5 Cara Mudah Nak Hilangkannya | Disebabkan hormon, ada ramai perempuan yang ada bulu halus di atas bibir yang ketara sampai nampak macam misai.

Bagi orang perempuan yang ada sedikit misai, sebenarnya mereka mempunyai aras hormon androgen (hormon lelaki) yang lebih banyak dalam badan. Bagaimana ia boleh menjadi banyak? Ada banyak faktor, contohnya semulajadi, genetik, pemakanan dan penuaan. Andainya seorang wanita mempunyai misai nipis, itu perkara biasa.

Sebenarnya tidak ramai wanita yang mengalami masalah lebihan hormon sebegini, tapi memang berlaku. Kadang kala keadaan pertumbuhan misai ini menjadi bahan lawak pada kawan-kawan yang lain.

misai

Malu juga nak jumpa dan berbual dengan orang kan. Automatik rasa keyakinan diri semakin berkurang. Tapi apa cara nak hilangkan bulu halus ni eh?

Kami ada 7 cara mudah nak hilangkannya misai halus ini diwajah anda.

1. Serbuk Kunyit

Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campur kan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi kena ingat tau kunyit kalau kat tangan pun melekat apatah lagi atas bibir. Jadi, hati-hati okay.

2. Tepung Kosong

Kali ni sama macam cara nombor 1. Cuma guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.

3. Gula + Lemon

Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).

4. Putih Telur

Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.

5. Skrub Madu & Aprikot

Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!

BACA: Inilah 9 Khasiat Misai Kucing Untuk Kesihatan, Pokok Hiasan Yang Banyak Manfaat

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here