Cara Hasilkan Kunyit Hidup Kisar Yang Tahan Lama. Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Cara Hasilkan Kunyit Hidup Kisar Yang Tahan Lama. Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan | Ada tak yang suka masak pakai kunyit segar @ hidup? Guna herba ni memang masakan lebih enak dan lebih wangi.
Bagi mereka yang suka bercucuk tanam mungkin ada juga yang menaman sendiri pokok kunyit ini. Kalau dah ada banyak sangat bolehlah hasilkan kunyit hidup kisar yang boleh tahan lama ni.
Berbeza jika kita guna kunyit serbuk rasa masakan lebih ada penambah baikkan jika kita gunakan bahan yang segar. Bagi yang nak cuba, boleh ‘follow’ resipi perkongsian saudari Linda Mokhtar ini.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]
Untuk menghasilkan kunyit hidup kisar ini, caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan:
BAHAN-BAHAN:
- Kunyit segar | dibersihkan kulitnya
- Beberapa keping asam gelugur
- Sedikit garam
- Botol @ balang
CARA-CARA:
- Kisar halus kunyit dan masukkan ke dalam balang.
2. Kemudian msukkan beberapa keping asam gelugur dan juga sedikit garam. Ia bertujuan untuk memastikan kunyit kisar tahan lama dan kekalkan warna kunyit ini.
3. Simpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila mahu menggunakannya. Ia sesuai digunakan untuk memasak pelbagai jenis sajian yang ada menggunakan kunyit, untuk memerap ikan, ayam dan sebagainya.[/expander_maker]
[…] kajian pihak MARDI juga berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam […]
[…] Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit […]