Amalkan Air Rebusan Ini Untuk Kawal Kencing Manis, Diakui Ada Perubahan Yang Positif.

Amalkan Air Rebusan Ini Untuk Kawal Kencing Manis, Diakui Ada Perubahan Yang Positif. | Amalan minum air rebusan herba memang diakui telah lama disarankan oleh orang tua-tua untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan. Antara banyak-banyak minuman herba tersebut, salah satunya adalah minum air rebusan daun manggis.

Apa istimewanya minum air rebusan daun manggis?

Sebenarnya banyak petua dan cara rawatan alternatif yang boleh diamalkan dalam usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Ini diakui sendiri oleh Puan Zuriaty apabila melihat perubahan yang positif pada tahap kesihatan suaminya setelah mengamalkan minum air rebusan tersebut.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Petua Kawal Kencing Manis Dengan Air Rebusan Daun Manggis

“Buah Manggis bukan saja enak dimakan tapi rupanya daun manggis ni banyak khasiatnya. Ini antara amalam suami saya sejak beberapa bulan yang lalu dan Alhamdulillah kencing manis ,kolesterol dan sengal sengal badan semakin ada peningkatannya. Jadi saya nak kongsi dengan kawan kawan semua semoga memberi manfaat. Insyallah”Zuriaty Hj Musa

Bahan-bahan:

  • 10 helai daun manggis
  • 4 gelas air
  • Periuk tanah

Cara caranya

1. Daun manggis direndam selama 10 minit dalam air garam.

kawal kencing manis

2. Carik carikkan daun manggis, lagi halus lagi bagus.

kawal kencing manis

3. Masukkan 4 gelas air di dalam periuk

kawal kencing manis

4. Masukkan semua daun manggis tadi yang telah direndam air garam.

kawal kencing manis
5.Renehkan di atas api yang sangat perlahan. Reneh sehingga air tadi jadi separuh.

kawal kencing manis

6. Reneh sehingga airnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Kemudian tunggu sejuk barulah ditapis. Buang daunnya. Airnya disimpan dalam bekas dan simpan di dalam peti air untuk mengelakkan dari rasa masam

kawal kencing manis

Ekstra info :

  • Setiap pagi minum suku cawan . Hangatkan terlebih dahulu
  • Minum 1 gelas air suam
  • 15 minit kemudian barulah sarapan pagi

Sumber : Zuriaty Hj Musa

Bagi mereka yang mengambil ubat doktor, sila dapatkan nasihat dari doktor sebelum mencuba petua untuk kawal kencing manis ini.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 5 =