Resipi Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

Resipi Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap! | Bila jadi mak-mak ni bila waktu petang mulalah nak cari resipi sesuai untuk hidangan minum petang buat anak-anak dan suami.Selain kek,bubur, pengat, goreng-gorengan, boleh juga sediakan kuih muih yang senang nak buat macam Apam Milo ni.

Menerusi perkongsian resipi oleh Puan Fatihatul Hakimah,mudah je nak sediakan Apam Milo ni cuma guna 4 bahan dan kukus selama 20 minit dah siap! Menariknya, ia percubaan kali pertama wanita ini membuat apam milo, dan terus jadi elok sempurna kejadian apamnya.

Berikut perkongsian tersebut;

“Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap.First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihi” [expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA JUGA :: Mesti Cuba Resipi Apam Kampung Bersarang Ikut Sukatan Cawan Ni, Sangat Mudah

Bahan-Bahan:

  • 6 biji Telur
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2cawan Gula pasir
  • Setengah cawan Milo

Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

Cara-Cara Membuat:

1.Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik( tiha guna blander jer).

2.Masuk tepung gandum,blender lagi sampai sebati (rasa blander dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk).

3.Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh letak pewarna lain dan 1 bekas lagi letak milo & kacau-kacau sampai sebati.

Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

4.Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik ,loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka takde paksaan).

5.Kukus 20minit ( air kukusan mesti dah mendidih dulu).

Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

Siapppp.

Adunan nie tiha dapat dua loyang kecik tapi tak sampai malam dah habis.

Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

Apam Milo Guna 4 Bahan Jer, Pertama Kali Buat Terus Jadi. Mudah Dan Sedap!

Senang sangat! Mak-mak bolehlah buat untuk minum petang nanti. Nampak sedap sangat!

Sumber: Fatihatul Hakimah

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − thirteen =