Ini Cara Nak Buang Minyak Masak Terpakai, Senang Tak Meleleh & Kotor

Ini Cara Nak Buang Minyak Masak Terpakai, Senang Tak Meleleh & Kotor | Bagi mereka yang memang suka memasak biasanya stok minyak masak di rumah mesti banyak kan? Maklumlah cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.

Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat sinki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi kotor. Kalau kita buang minyak masak ni dalam longkang biasa sebenarnya ia sedikit sebanyak mencemar kualiti air minuman kita juga nanti.

Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!

BACA: Cara Mudah Jimatkan Minyak Masak Di Dapur, Salah Satunya Pastikan Cara Menggoreng Yang Betul!

Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.

Buang Minyak Masak Terpakai Guna hardener

Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.

Minyak Masak TerpakaiProduk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.Minyak Masak Terpakai

Cara-caranya:

  • Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
  • Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
  • Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
  • Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.

Macam ni kejadiannya…

Sumber: Noor Hafiza Mohamad & Syuhaidah Ridzwan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − fifteen =