Ini Sebab Korang Kena Pilih Intermittent Fasting Untuk Menurunkan Berat Badan

Ini Sebab Korang Kena Pilih Intermittent Fasting Untuk Menurunkan Berat Badan | Mesti korang pernah dengar, puasa juga adalah sebahagian daripada diet yang baik. Ini telah dibuktikan oleh statement Dr. Siti Aniza Basir di laman Facebooknya dengan mengatakan Intermittent Fasting (IF) adalah diet terbaik!

Intermittent Fasting telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Bukan nak sangkal pasal Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi doktor ini berpendapat bahawa kita ada sunnah.

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat. Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis.

Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun tak makan. Padahal baru minggu lepas pergi beli, kan kan?

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. So, terpulang korang nak mula jam berapa. Kalau start 6.30 petang, esok pagi jam 9.30 baru breakfast. Kalau 8.30 malam-11.30 pagi baru start makan/breakfast.

Kebaikan IF

Banyak!! Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”

Biar betul Doktor?

Betul. Doktor ini sendiri berpengalaman menjalani IF selama lebih kurang 10 bulan dan waktu terakhir makan malam ialah jam 6.30 petang.

‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ disiang hari, ia tetap akan membantu korang HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas dua kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari.

Kumpulan pertama dibenarkan makan dan makan malam serta siang (Healthy, controlled diet) dan kumpulan kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan kumpulan pertama yang makan dan makan selama mahu, menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”.

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30/10.30pagi!

Intermittent Fasting Intermittent Fasting Intermittent Fasting

Cara Intermittent Fasting ada banyak :

Untuk mereka yang kali pertama dengar, Intermittent Fasting (IF) atau Intermittent Energy Restriction (IER) adalah istilah untuk pola pemakanan yang mempunyai kitaran antara tempoh berpuasa dan makan. IF bukan sejenis diet tapi lebih kepada kaedah pengstrukturan waktu makan.

Versi asal Intermittent Fasting tidak memberi penekanan kepada apa yang kita perlu makan tapi lebih kepada bila kita perlu makan. IF telah lama bertapak di luar negara. Di Malaysia, IF ini semakin diterima dan popular. Lebih-lebih lagi apabila golongan artis pun turut sama mempromosikannya.

IF ada banyak mazhab dan protokol Intermittent Fasting. Antara kaedah yang popular adalah:

1. Protokol Leangains

Protokol tersebut menguna pakai Formula 16/8 iaitu puasa 16 jam, tak puasa 8 jam.

2. Kaedah 20/4

Kaedah ini memerlukan individu itu puasa 20 jam, tak puasa 4 jam.

3. Kaedah OMAD 23/1

Kaedah ini memerlukan individu itu puasa 23 jam dan makan 1 jam dimana sehari boleh menikmati satu kali hidangan.

4. Kaedah 5:2

Kaedah ini memerlukan individu itu 5 hari rutin makan biasa, 2 hari berpuasa.

Kekerapan untuk melakukan IF adalah berbeza mengikut protokol. Ada yang dibuat setiap hari atau selang sehari seperti protokol 12/12, 16/8 & ada yang dilakukan seminggu 1-2 kali.

Kenapa IF mampu menurunkan berat badan? Baik, cuba tengok dalam kitaran 24 jam, banyak mana makanan yang diambil? berapa kali kekerapan makan? Berapa banyak nutrient, tenaga & kalori diserap dari makanan ke dalam tubuh badan?

Intermittent Fasting (IF) = Intermittent VLCD (<800 kcal/day)

Very Low Calorie Diet (VLCD) adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Jadi, apa-apa regime yang secara terang atau sembunyi mengaplikasi VLCD, berat akan turun. Cuma perlu ingat, VLCD ini tidak sesuai untuk semua orang dan berisiko dilakukan untuk tempoh masa yang panjang (>12 minggu).

Kita jumpa pelbagai jenis diet seperti Banana diet, Atkins diet, Paleo diet, Ketogenic diet, Dash diet, Mediterranean diet atau rekaan sendiri nama-nama yang lebih canggih seperti POPCORN diet atau SEKUT diet. Selagi mana secara teknikal pelan pemakanan hariannya adalah rendah kalori/VLCD, penurunan berat tetap akan berlaku.

As newbie – Doktor ini menasihatkan buat 12 jam dulu. Kita start last dinner kul 6.30 petang, esok breakfast 6.30 pagi.

Bila dah ok, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 am baru breakfast.

Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pada jam 6.30 petang, breakfast merangkap lunch pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .

Its fleksibel . Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan kul 8.30 malam, esok tu tak perlu makan breakfast, terus lunch.

Lapar ?

In between tu , korang boleh untuk:

  • Minum air masak
  • Minum air garam-garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
  • Teh hijau
  • Kopi
  • Teh

No 3,4,5 semua without sugar or susu okay? Lepas tu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food! Lepas dah ok buat daily.

Intermittent Fasting adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving /Ketagihan /Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis tu. So, cubalah. Mana tahu berkesan kan?

Adakah Intermittent Fasting sesuai untuk semua orang?

IF mungkin berkesan untuk turunkan berat badan tapi tidak sesuai untuk semua orang. Antara mereka yang berisiko untuk melakukan IF:

  • Pesakit Diabetes yang tidak terkawal.
  • Mereka dalam ketegori ‘malnourished’ seperti pesakit kanser, kekurangan berat badan dan eating disorder.
  • Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak
  • Mereka yang mempunyai masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat.
  • Tekanan darah rendah
  • Perlu mengambil ubat bersama/selepas mengambil makanan

Mudah cerita, Intermittent Fasting ni lebih sesuai untuk orang yang sihat. Kalau anda ada penyakit, lebih baik berbincang dengan doktor dan pakar yang bertauliah dulu.

BACA: Puasa Boost Imuniti Badan, Elok Sangat Buat Sekarang & Doktor Ni Pun Sarankan!

Suka saya tekankan, tidak susah kalau sekadar nak kurus. Yang susah adalah mencari kaedah pemakanan yang mampu menurukan berat badan. Dalam masa yang sama, selamat diamalkan untuk tempoh masa yang panjang.

Kesimpulannya, Intermittent Fasting adalah salah satu pendekatan dari pelbagai lagi strategi yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Jika ingin melakukan IF, pilih yang kurang berisiko seperti kaedah 12/12 dan 16/8.

Sebagai contoh, makan malam jam 6.00 petang. Mula berpuasa 6.30 petang sampai keesokan harinya jam 6.30 pagi (12 jam). Atau Mula berpuasa lebih awal 5.30 petang hingga 9.30 pagi keesokkannya (16 jam). Tempoh boleh makan itu bukan bermaksud boleh balas dendam makan apa sahaja. Tetap kena kawal makan.

IF dan kaedah puasa dalam islam adalah dua pelaksanaan berbeza. Tetapi motivasi dan pendekatan IF boleh kita ambil untuk merajinkan diri puasa Ramadan dan puasa mingguan Isnin atau khamis. Apa yang Islam anjurkan bukan untuk menyusahkan penganutnya tetapi mempunyai 1001 hikmah yang perlu kita terokai.

Kajian jangka panjang (>12 bulan) diperlukan untuk mengesahkan keberkesanan dan keselamatan IF terutama untuk protokol yang agak berisiko seperti OMAD dan mana-mana protokol yang melibatkan IF 20 jam dan keatas.

Apa-apa pendekatan sekalipun, fokus kepada kualiti makanan diambil, nutrient, kalori harian dan senaman. Berdiet ni bukan untuk kurus semata-mata. Perlu juga target untuk sihat dan fit.

Belajar bezakan antara kelaparan fizikal (body hunger) vs kelaparan mental (mental hunger). Elakkan kaedah diet yang pelik dan ekstrem. Kurus tapi macam-macam komplikasi kesihatan timbul kemudian hari tidak bagus juga kan?

Tidak ada 1 sistem atau strategi pemakanan yang boleh selesaikan semua masalah berkaitan nutrisi. Kalau ada, itu scam namanya. Jadi, jangan terlalu obses atau fanatik dengan mana-mana jenis diet atau pelan pemakanan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × two =