Internet Slow Di Rumah? Ini 6 Cara Dapatkan Sambungan Internet Lebih Stabil

Internet Slow Di Rumah? Ini 6 Cara Dapatkan Sambungan Internet Lebih Stabil | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, mesti ramai yang dah khatam filem atau drama yang sebelum ni tak sempat tengok pun, kan?

Setakat ni, dah berapa filem atau drama yang korang tonton? Lima? Sepuluh? Atau 20?

Mesti ada yang dah sempat habiskan berbelas filem ataupun drama sepanjang PKP pertama dan kedua ni. Maklumlah, banyak masa kat rumah ataupun asrama.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Habis satu episod, sambung episod lain hingga tak sedar jam dah pukul 3 atau 4 pagi. Mata dok segar lagi. Kadang-kadang, terlajak sampai esok hari sampai muka pun dah macam ‘zombi’. Haha..

Tapi saat paling tak syok bila tengah layan movie atau drama tiba-tiba hang! Sakit hati kan nak kena refresh atau on off modem.

Nak pula kalau masa tengah WFH, tengah meeting atau perlu submit kerja korang pada boss. Korang mesti nak tahu cara nak stabilkan internet di rumah kan?

Ok, Tip dari Celcom ni pun berguna kalau korang bekerja dari rumah. Senang, lepasni takdelah asyik sangkut-sangkut je Internet bila nak submit kerja.

1. Cari point sambungan wifi terbaik

Ingat ni, kalau korang ada pakej Internet yang laju pun tak guna kalau kedudukan router tak strategik.

Kedudukan router akan tentukan kelajuan Internet korang. Seeloknya, letakkan router di tempat tinggi di tengah rumah, tak terhalang dengan dinding, objek besi atau peralatan wireless untuk minimakan interferens.

Korang boleh gunakan frekuensi 5GHz untuk sambungan WiFi yang lebih laju. Kalau korang duduk jauh dari router, gunakan frekuensi 2.4GHz sebab ia mempunyai capaian yang lebih jauh dan transmisi yang lebih baik melalui dinding dan objek solid.

2. Sekat iklan pada browser

Dengan menyekat iklan pada browser, korang dapat mengurangkan penggunaan bandwidth.

Dengan peningkatan bilangan pengguna internet ketika PKP, cara ini boleh mengurangkan kesesakan rangkaian dan membuatkan proses muat turun lebih pantas ketika melayari Internet.

Selain tu, korang juga boleh menghindari iklan yang mengandungi perisian hasad atau virus.

Bagi korang yang menggunakan hotspot semasa bekerja dari rumah, korang juga boleh sekat iklan melalui tetapan Google. Takdelah stress iklan asyik ‘pop up’ sana sini.

internet

Pengguna Android
Buka tetapan > Google > Ads > klik ‘Opt out of interest-based ads’ atau ‘Opt out of Ads Personalisation’

Pengguna iPhone
Matikan ‘Ad Personalisation’ dalam panel Ad Personalisation dan tetapan.

3. Nyah aktif penyegerakan automatik (Auto-sync) aplikasi yang jarang digunakan

Fungsi auto-sync ini memastikan data dalam peranti anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat terbaru. Antara aplikasi yang menggunakan fungsi ini ialah Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.

Jika anda jarang gunakan aplikasi yang libatkan penyimpanan data atas talian atau cloud storage, lebih baik anda matikan sahaja fungsi auto-sync dalam peranti.

BACA: Angau Dan 7 Lagi Sebab Wanita Malaysia Mudah Kena Pancing Dengan ‘Love Scam’ Di Internet

Dengan mematikan fungsi ini, anda boleh menghentikan penggunaan data belakang tabir sekaligus mempercepatkan proses muat turun data dari Internet.

4. Gunakan kabel ethernet untuk sambungan lebih pantas dan stabil

Kalau korang perlu submit kerja penting menggunakan internet atau membentang proposal melalui sidang video, sebaiknya gunakan kabel ethernet.

Dengan kabel ini, korang dapat melayari internet dengan kelajuan dua atau tiga kali ganda lebih laju berbanding menggunakan sambungan tanpa wayar.

Tak perlu risau video tersekat atau internet terputus lagi.

5. Guna antivirus

Bukan kita je yang perlu elakkan diri dari virus, peranti komputer korang pun perlu dilindungi. Jadi, korang perlu pasang perisian antivirus untuk melindungi peranti dari sebarang anasir-anasir jahat atas talian.

Kerap kosongkan cache dan pantau penggunaan internet anak-anak. Jangan lupa sekat laman web yang tak elok kerana di situlah sarang pelbagai virus.

6. Set dan sambung semula modem

Sepanjang hari asyik layari Internet, berilah masa untuk router korang berehat kejap. Sekali sekala, reset modem dan router korang untuk elakkan gangguan sambungan WiFi lepas penggunaan yang lama.

Kadangkala, sambungan WiFi boleh terganggu ketika digunakan dalam tempoh yang panjang atau ketika trafik rangkaian sedang sesak.

BACA: Senaman Untuk Tangan Selepas Berjam Main Telefon!

Jadi, dengan reset modem, korang boleh refresh semula sambungan Internet sekaligus tingkatkan produktiviti kerja korang.

Dalam keadaan serba tak tentu sekarang, penting untuk kita kekal tenang dan elakkan tempat-tempat awam bagi menjauhi risko COVID-19.

Gunakan masa dan peluang ini untuk korang tenangkan diri, luangkan masa bersama yang tersayang dengan duduk di rumah. #Kitajagakita.

Kalau korang tak faham, boleh tengok video ni:

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × one =