Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar! | Hampir setiap syarikat telekomunikasi menawarkan data Internet secara percuma dalam kuota tertentu buat pengguna mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Berada di dalam rumah tanpa sebarang aktiviti biasanya pengguna memilih untuk menghabiskan masa seharian berjam-jam lamanya bermain telefon pintar. Sama ada melayari sosial media atau bermain games.

Jadi tidak hairanlah penggunaan Internet menerusi penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian sekarang sangat tinggi.

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Selain ingin menghabiskan masa terluang kita juga tidak ingin ketinggalan mengikuti perkembangan semasa tentang usaha kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani penularan wabak Covid-19.

Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.

Jadi kali ini kami ingin membantu anda dengan berkongsi beberapa cara melakukan senaman jari dan tangan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.

1

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.

2

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.

3

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Ini senaman jari untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.

4

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman jari untuk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.

5

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.

6

Kalau Tak Nak Tangan Kram Sila Buat Senaman Jari Ni Selepas Berjam-Jam Guna Telefon Pintar!

Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.

Kredit: WebMD

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten + seven =