Buat Tauhu Telur Hanya Guna 4 Bahan Ini Saja Pun Dah Sedap, Chef Ini Kongsikan Cara Mudah!

Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang, tapi ada anak-anak yang sangat gemarkannya. Kebiasaanya ibu-ibu akan membelinya di pasar. Tetapi kalau rajin, boleh saja buat sendiri di dapur anda. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.

Jika mahu lebih sihat bahan yang segar dan organik, cuba resipi yang dikongsi oleh chef Sue M Arukin. Jadi, keluarga dapat menikmati hidangan yang dijamin mutu serta kebersihannya. Selamat mencuba!

Resepi Tauhu Telur Gunakan 4 Bahan Jer

Haritu nampak ada video membuat tauhu telur ni. Jadi saya buat ikut resepi tu cuma saya guna telur organic dan susu soya yang segar (bukan yang dalam kotak). Inilah hasilnya, lembut dan sangat senang.

Sesiapa pun mesti boleh buat ni. Oh ya, ini bukan kes nak tayang ke apa. Saya nak share dengan sesiapa yang nak mencuba. As always, feel free to share. Happy Cooking! 💕💕
*kalau ada yang terliur/ngences, tolong jangan buat saya rasa bersalah & berdosa ya, buatlah sendiri di dapur korang. Mudah sangat resepi ni! 😊😊

tauhu telur

Bahan-bahan:

  • 500ml air soya segar (beli je dekat orang yang jual air soya tu, tapi jangan letak gula)
  • 6 biji telur (saya guna telur organic)
  • 5grams tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam halus

tauhu telur

Cara-Cara Penyediaan Tauhu Telur:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang (berbuih). Ketepikan.
  2. Di dalam periuk, satukan air soya + tepung jagung + garam. Kacau rata di atas api sederhana hingga suam (jangan sampai mendidih). Sejukkan sebentar.
  3. Satukan telur yang dah dipukul tadi bersama campuran soya. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas lalu kukus selama 20 minit atau hingga tauhu mengeras. Sejukkan.
  4. Potong mengikut citarasa dan goreng hingga keperang-perangan. Enjoy!

tauhu telur

Jika anda suka dengan resepi ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × five =