Jamu Halia Madu Atasi Masalah Tak Lawas, Angin, Sebu & Perut Buncit Secara Semulajadi

Jamu Halia Madu Atasi Masalah Tak Lawas, Angin, Sebu & Perut Buncit Secara Semulajadi | Bagi anda yang ada masalah kurang lawas, badan berangin, perut sebu, buncit dan nak kurus secara sihat, boleh cuba amal minum Jus Halia Madu ni. Istimewanya ia hanya guna bahan-bahan semulajadi dan tak ada sebarang pengawet atau perasa tambahan. Nak buat pun sangatlah mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

JAMU HALIA MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 inci halia tua
  • 2 biji limau nipis – boleh ganti dengan 1 biji lemon
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan madu

jamu halia madu

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit halia dan potong limau seperti dalam gambar.

jamu halia madu

2. Masukkan hirisan limau dan halia ke dalam periuk. Tambahkan air dan renehkan sampai air tinggal anggaran 2 cawan sahaja.

jamu halia madu

3. Masukkan air ke dalam cawan dan biarkan suam.

jamu halia madu

4. Seterusnya masukkan air ke dalam blender bersama 1/2 cawan madu. Kisar hingga halus. ( limau dikisar bersama dengan kulitnya.)

jamu halia madu

5. Isikan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.

NOTA:

  1. Minuman jamu halia madu ini adalah perkongsian empunya resipi dan serasi dengan kondisi badan beliau. Jika anda minum tapi tak serasi, sebaiknya elakkan.
  2. Sukatan jamu halia madu ini boleh tahan untuk 2-3 hari penggunaan.
  3. Cik Pooja ( empunya resipi) ambil minuman jamu halia madu ini setelah habis berpantang dan bayinya berusia 2 bulan. Keberkesanan mungkin berbeza dan bergantung kepada tubuh masing-masing.

Sumber: Rasa.my

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eleven − three =