Sedap & Mudah, Ini Resepi Tauhu Berlauk Confirm Ramai Suka!

Sedap & Mudah, Ini Resepi Tauhu Berlauk Confirm Ramai Suka! | Zaman sekarang ramai yang terhimpit dengan tekanan ekonomi yang semakin parah. Tidak hairanlah kalau ada yang terpaksa mencari peluang untuk tambah pendapatan.

Sedia maklum semenjak beberapa tahun ini pelbagai menu resepi viral bukan sahaja menjadi fenomena kepada ibu-ibu malahan juga peluang ini disambut baik oleh mereka yang pandai memasak sebagai peluang untuk menjana pendapatan.

Ada ramai yang ingin mencuba resepi viral yang selalu dikongsi di media sosial namun tidak ramai yang berkesempatan untuk mencuba malahan mungkin ada yang telah mencuba tetapi hasilnya kurang memuaskan.

Tahun ini antara resepi viral yang menjadi perhatian ramai ialah makanan yang berasaskan tauhu. Sehinggakan ada dikalangan yang tidak suka pada tauhu pun jadi ketagih dengan tauhu berlauk ni.

Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang wanita kongsi resepi tauhu berlauk frozen buat suri rumah yang ingin mencari pendapatan lebih. Nampak menyelerakan dan sedap! Apa kata korang cuba sendiri, confirm ramai suka! Meskipun bahan-bahan yang digunakan nampak banyak namun kebanyakkan bahan itu mudah di dapati dari kedai-kedai biasa:

Bahan-bahan Tauhu Berlauk

tauhu berlauk

Bahan kisar

  • Tauhu biasa (4keping)
  • Tauhu telur/egg tofu (2batang)
  • Telur (2biji)
  • Sedikit air (mama selalu sukat tadah air pakai tangan mcm nk amik wudhuk tu, 3kali tangan mama kecik)

Bahan A

  • Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
  • Bawang merah (hiris)
  • Carrot (hiris)
  • Daun bawang (hiris)
  • Daun sup (hiris)
  • Cili besar merah (hiris) *mama xletak sesuai untuk anak kecil nak makan
  • Lada hitam (kisar)
  • Lada putih (kisar)
  • Garlic powder
  • Bahan perasa
  • Gula (sedikit sahaja)

Bahan celup

  • Telur (pecahkan)

Cara-Cara Membuat Tauhu Berlauk

tauhu berlauk

  • Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
  • Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecik2 (tengok contoh pada gambar)
  • Sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun?
  • Dah siap boleh kukus selama 20min
  • Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas
  • Boleh frozen kan atau terus goreng
  • Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna

Resepi sambal kicap power

sambal kicap tauhu berlauk

  • Cili padi
  • Bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
  • Gula
  • Kicap manis
    (Tumbuk)

Sumber : Lynn Riduan Koo

Kami harap dengan perkongsian resepi ini makin ramai yang berminat nak mencuba buat sendiri, mana tahu boleh jadi peluang perniagaan untuk anda juga. Sila kongsikan artikel ini untuk membantu penulis berkongsi lebih banyak lagi informasi berguna untuk anda di masa hadapan.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 2 =