Untuk Pastikan Kediaman Bebas Dari Kehadiran Ular Berbisa, Ikuti 6 Langkah Keselamatan Ini

Kehadiran ular berbisa adalah sesuatu yang amat ditakuti. Lebih-lebih lagi jika ia berkeliaran di sekitar kawasan rumah. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan ular berbisa yang jenis darah sejuk ini mula mencari tempat baru untuk bersarang seperti rumah kita.

Anda harus memastikan halaman rumah yang bersemak-samun atau rimbunan daun yang tidak terurus dibersihkan kerana ia mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.

Cara Mengelakkan Rumah Anda Dikunjungi Ular Berbisa

Selain itu, ini 7 cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ular berbisa ‘berkunjung’ ke rumah anda! :ular berbisa

1. Elak tanam pokok hiasan yang lebat dan tinggi

Pokok bunga memang cantik namun pokok yang berdaun lebat serta tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa bagi makhluk bernama ular. Begitu juga dengan pasu besar yang diletakkan di luar rumah. Sebaiknya letak pokok ini di kawasan yang jauh daripada rumah dan sentiasa trim daunnya agar tidak terlalu lebat.

2. Tutup lubang yang dipenuhi air atau berlecak

Apabila cuaca panas, ular mencari-cari kawasan yang berair untuk menyejukkan badannya. Jika anda terjumpa kawasan yang berlubang, berlopak dan berair, ada baiknya anda tutup lubang tersebut dengan tanah.

3. Jangan jadikan kawasan rumah sebagai sumber makanan

Tikus, serangga dan haiwan peliharaan seperti burung, ayam dan kucing sering menjadi sasaran sebagai makanan ular dan spesis ini akan menjadikan kawasan rumah anda sebagai sumber makanan. Sebaiknya, letak sangkar haiwan dalam rumah dan pasang jerat untuk menangkap tikus yang berkeliaran.

4. Tutup semua lubang di kediaman

Oleh kerana tubuhnya halus dan licin, ular berbisa mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang biarpun kecil, anda harus memastikan lubang yang ada ditutup dan dibaiki untuk mengelak daripada ular jekuar masuk terutamanya pada bahagian dinding, pintu dan tingkap.

5. Bina pagar keliling rumah

Tindakan membina pagar sekurang-kurangnya dapat menghalang kemasukan ular berbisa ke dalam kawasan rumah. Pasang juga jaring pada tingkap dan pintu untuk mengelakkan ular dapat mencari jalan untuk membuat sarang dalam rumah anda.

6. Pasang perangkap

Jika anda pernah ternampak kelibat ular berbisa yang melintas di kawasan berhampiran kediaman anda, anda boleh pasang perangkap dengan menjadikan tikus sebagai umpan. Sangkar yang kecil dan letakkan di kawasan yang mudah untuk dilihat.

BACA JUGA :: Inilah 10 Petua Jika Terkena Gigitan Serangga Berbisa Termasuk Lipan

Fakta tambahan tentang ular di Malaysia

1. Semua ular boleh berenang. Maka kalau anda terserempak ular, jangan larikan diri ke dalam air. Itu lebih mengeruhkan keadaan.

2. Ular tidak boleh bergerak pantas dari kebiasaannya di atas jalan tar (laluan kenderaan). Ular boleh bergerak pantas di atas rumput dan tanah. Dan ular seperti tedung selar, akan lebih pantas sekiranya memburu dalam air.

3. Ular ada tulang. Maka ular tidak boleh memusing-musingkan badannya (rotating) dengan melampau. Sebab itu pemain ular biasanya sudah tahu had pergerakan ular apabila kita memegang ekornya atau tengkuknya.

4. Serangan Ular sawa adalah lebih pantas berbanding ular tedung selar. Ramai yang menyangka ular sawa adalah spesis yang perlahan. Fakta ini salah sama sekali. Kalau jumpa tedung selar, jarak selamat adalah dalam lingkungan 2 ke 3 meter. Namun bagi ular sawa, jarak selamat adalah 4 ke 5 meter.

5. Tidak ada ular dalam dunia ini tidak takutkan manusia. Semua ular sebenarnya takutkan manusia dan sebolehnya mahu mengelak berjumpa manusia. Namun adakalanya ular-ular ini terpaksa, kerana habitatnya dimusnahkan oleh manusia sendiri.

6. Bukan semua ular berwarna hijau adalah tidak merbahaya. Selain ular daun, ular pucuk dan ular tikus (hijau), masih terdapat ular lain berwarna hijau yang sangat merbahaya. Antaranya ialah ular kapak hijau sumatera dan ular kapak ekor merah.

Petua elak ular masuk rumah

Salah satu petua yang paling popular adalah menaburkan belerang kuning di sekeliling rumah. Fungsi belerang ini adalah kerana baunya dibenci ular. Itu sahaja. Bukannya kerana ular terlampau takut akan belerang.

Selain itu, anda boleh menanam pokok limau purut atau limau kasturi berhampiran rumah anda. Pokok ini juga amat dibenci ular keranya baunya.

Membela haiwan peliharan seperti anjing dan kucing juga dapat menghindarkan rumah anda dimasuki ular. Pada masa yang sama menjadi penghapus haiwan perosak seperti tikus.

Dan paling penting sekali adalah menjaga kebersihan laman rumah anda.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × four =