Tidur Lewat Punca Wajah Tak Berseri. Rawat Segera Dengan Cara Mudah Ni

Umum bila wanita sering tidur lewat atau terpaksa berjaga malam, akan menyebabkan wajah kurang berseri dan kulit tidak bermaya. Untuk mengembalikan keserian dan sekali gus membantu penjagaan kesihatan dalaman, disarankan kaum hawa amalkan detox.

Pasti semua sudah pernah dengar tentangnya bukan? Detox ini sebenarnya adalah proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia. Malah badan kita sendiri juga sudah mempunyai sistem detox tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal.

Pun begitu, detox juga boleh dilakukan dengan menghasilkan air detox untuk membantu sistem penghadaman bekerja dengan sebaiknya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita dapat berfungsi dengan lancar.

BACA JUGA :: Kulit Yang Kusam Pun Boleh Berseri Dan Lebih Anjal. Minum Je Ni..

Melihat kehebatan dan manfaat detox ini pada tubuh, ada baiknya anda amalkan detox sebagaimana yang dilakukan oleh puan Roshima Ibrahim Shima nak pula mak-mak yang memang kerap tidur lewat menguruskan keperluan keluarga. Ibu kepada 3 orang anak ini kulit wajahnya cantik, dan nampak muda!

tidur lewat, cara buat air detox, hilangkan wajah tak berseri, punca wajah tak berseri, punca wajah kusam, cara naikkan seri wajah

Petua Rawat Wajah Tak Berseri Kerana Kerap Tidur Lewat

Jadi jika anda ingin mencuba amalan tersebut, ketahui dahulu resipi menyediakan minuman detox. Jom semak.

Bahan-bahan Air Detox :

  • 4 biji kurma-buang bijinya
  • 1 biji lemon-hiris dengan kulitnya sekali
  • 3 ulas bawang putih-dibuang kulit
  • 2 gelas air

Cara membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
  2. Kemudian kisar semua bahan sehingga halus.
  3. Sedia untuk diminum.

Ekstra Info:

  • 1 bancuhan ini sebenarnya boleh diminum hingga 4 kali. Pastikan diamalkan setiap hari.
  • Cara nak minum, tuang 1/2 gelas air detox ini dan tambah lagi 1/2 gelas dengan air sejuk .

Antara kebaikan melakukan program detox pada tubuh

Menurunkan berat badan.

Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat.

Merangsang tenaga

Detox akan merangsang tubuh badan kita agar lebih bertenaga. Begitu juga dengan pengambilan makanan sihat dan mengamalkanhidup sihat akan memberi tubuh badan menjadi lebih aktif dan bertenaga berpanjangan

Kulit semakin cantik.

cara buat air detox, hilangkan wajah tak berseri, punca wajah tak berseri, punca wajah kusam, cara naikkan seri wajah

Kulit adalah organ terbesar, dan apabila mengamalkan program detox ini kulit akan mendapat manfaatnya. Bersauna juga antara program detox yang boleh diamalkan untuk membantu badan mengeluarkan peluh dan toksin yang berlebihan.

Anti penuaan.

Mereka yang kerap tidur lewat biasanya toksin mudah berkumpul dalam badan. Toksin yang ada dalam badan adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan menjadi lebih cepat. Jika kadar toksin dapat dikurangkan, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat.

Sistem imun yang kuat.

cara buat air detox, hilangkan wajah tak berseri, punca wajah tak berseri, punca wajah kusam, cara naikkan seri wajahDetox memberi peluang pada organ dalam badan kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu sistem imun atau ‘kekebalan’ tubuh daripada serangan penyakit. Secara tidak langsung juga, membolehkan badan menyerap segala nutrisi yang dibekalkan pada tubuh dengan lebih baik.

Apapun pencegahan lebih baik dari merawati, pastikan anda yang tidur lewat ni mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Memang sukar nak dapatkan masa tidur yang lebih awal tetapi kalau dapat tidur yang berkualiti memang membantu memastikan kesihatan anda yang lebih baik dan kulit wajah yang lebih berseri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × 4 =