Rahsia Cara Makan Belangkas Yang Betul Supaya Lepas Makan Tak Pening

Rahsia Cara Makan Belangkas Yang Betul Supaya Lepas Makan Tak Pening | Daripada haiwan laut yang sekadar dibuang kerana dianggap tidak bernilai, belangkas kini menjadi rebutan peraih berikutan permintaan yang naik mendadak, sejak setahun lalu.

Jika sebelum ini peraih lebih berminat membeli ikan, sotong dan udang yang ditangkap nelayan, belangkas kini menjadi sebahagian daripada hidupan laut yang ‘diburu’ kerana pembeli utama di selatan Thailand amat memerlukan bekalan itu.

Bagaimanapun, hanya belangkas betina yang mempunyai telur menjadi rebutan, berbanding yang tiada termasuk belangkas jantan.

Keenakan telur belangkas yang disediakan mengikut cara masakan Thailand menjadikan haiwan yang hidup di pinggir pantai dengan nama saintifik ‘tachypleus gigas’ itu menjadi bahan perniagaan yang menguntungkan.

Pernah makan belangkas? Apa rasanya? Belangkas masak asam pedas kering, gulai atau dibakar antara yang paling popular dan sangat sedap. Harga seekor belangkas boleh mencecah sehingga RM30 seekor.

Pernah saya bertemu seorang pengusaha makanan laut yang hanya mahu dikenali sebagai Tony berketurunan Portugis di Melaka. Dia seorang nelayan dan menjual hasil tangkapan laut di Medan Selera Portugis.

Belangkas antara hidupan laut yang dikomersialkan. Kebiasaannya, Tony akan mencari belangkas sampai ke Pulau Undan, Pulau Upeh, Pulau Serimun, Pulau Panjang dan Pulau Bintang. Menurut Tony, tidak semua orang makan belangkas akan merasa pening. Apakah punca rasa pening bila makan belangkas?

BACA JUGA :: Kepala Berdenyut, Pening & Mencucuk-Cucuk Rasanya. Waspada Gejala Sakit Ini!

belangkas

KREDIT FOTO : SAIFUL AZMI JAMSARI

KETAHUI 10 PERKARA TENTANG BELANGKAS

  1. Belangkas satu-satunya haiwan fosil yang masih hidup, sejak berabad lamanya sehingga ke hari ini.
  2. Terdapat empat jenis belangkas yang masih wujud, antaranya carcinoscorpus rotundicauda (kawasan paya), tachypleus gigas, tachypleus tridetotus (kawasan pinggir pantai) dan limulus polyphemus.
  3. Apabila belangkas menghampiri dasar pantai, ia akan mengeluarkan buih-buih.
  4. Kebiasaannya belangkas betina paling digemari kerana telurnya.
  5. Rahsia makan belangkas tak pening, iaitu cara pembersihannya. Untuk membersihkan belangkas, perutnya perlu dibuang terlebih dahulu kerana ia mengandungi toksin. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, kalau termakan akan rasa mabuk atau pening.
  6. Untuk menghilangkan rasa pening, caranya dengan meminum air kelapa. Itulah penawarnya.
  7. Telur belangkas berwarna kekuningan, rasa lemak dan kenyal lebih banyak, berbanding isi belangkas yang bewarna putih seperti ketam.
  8. Darah belangkas berwarna biru mengandungi bahan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.
  9. Belangkas boleh hidup seminggu tanpa cahaya matahari. Musim belangkas dua kali sebulan, ia akan mendarat di tepi pantai atau laut cetek dan ia tidak menggigit. Belangkas hanya akan mendarat di perairan yang bersih.
  10. Pusat Penternakan dan Penetasan Belangkas yang terletak di Sedili Kecil, satu-satunya galeri belangkas yang terbesar di rantau Asia yang dibuka kepada orang ramai dan pelancong asing.

belangkas

PENANGKAPAN BELANGKAS

Kebiasaannya, bagi nelayan di Malaysia, belangkas amat mudah ditangkap menggunakan jaring atau pukat yang dipasang memanjang di pesisiran pantai berpasir.

Apabila air mulai bergerak pasang, belangkas akan bergerak ke pesisir pantai dan dari situlah ia akan terperangkap di jaring yang dipasang merentasi pantai.

Tahukah anda, belangkas juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Caranya dengan memerhatikan kelompok buih di atas air (sepanjang gigi air).

Dengan cara ini, Ia memerlukan daya penglihatan yang tajam untuk menangkap spesies ini.

Kebiasaannya, belangkas akan diperolehi sepasang, iaitu jantan dan betina. Kebanyakan penangkap belangkas, hanya akan mengambil belangkas betina manakala jantan akan dilepaskan.

Ia disebabkan betina bersaiz lebih besar, lebih banyak isi dan mengandungi telur jadi lebih puas makan belangkas betina yang bersaiz besar.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − 4 =