4 Petua Elak Epal Lebam Lepas Dipotong

Pasti anda perasan kan. setiap kali epal dipotong, ia hanya boleh bertahan beberapa minit sebelum bertukar warna keperangan. Kalau nak dihidangkan untuk ‘open house’ atau jamuan, tak bolehlah dibiarkan terdedah lama-lama.

Jadi, jom kita ikuti petua elak epal lebam supaya kekal segar walaupun terdedah lama.

KENAPA EPAL BERUBAH WARNA?

Oh ya, sedikit trivia untuk anda. Sebenarnya, epal akan bertukar warna keperangan sebagai salah satu mekanisme pertahanan terhadap bakteria dan kulat.

Enzim di dalam epal ini akan bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan lapisan teroksida yang memberikan perlindungan daripada bendasing. Lapisan inilah yang membentuk warna keperangan atau ‘lebam’ pada epal itu.

Perkongsian petua elak epal lebam yang amat praktikal ini dikongsikan daripada blogger Puan Malina atau nama timangannya LiNa Pg.

petua elak epal lebam, elak epal lebam, epal lebam selepas dipotong, epal lebam, cara elak epal lebam, elakkan epal rosak

4 PETUA ELAK EPAL LEBAM LEPAS DIPOTONG, SEGAR WALAUPUN TERDEDAH

Kebiasaannya saya akan membuat buat acar sebagai pelengkap hidangan bagi nasi berperisa. Tak kiralah sama ada acar timun atau jelatah. Oleh kerana kali ni ada sedikit lebihan buah epal hijau, saya buat Acar Epal Hijau. Kalau nak tengok resepinya, boleh klik terus ke blog saya di sini.

Kalau nak elak epal bertukar keperangan lepas dipotong, ini petua yang saya ingin kongsikan.

BACA JUGA: Tip Memilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy

1. AIR GARAM

Petuanya elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu. Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak ajer la.

2. MADU

Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.

Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.

petua elak epal lebam, elak epal lebam, epal lebam selepas dipotong, epal lebam, cara elak epal lebam, elakkan epal rosak

3. JUS LEMON

Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah.

Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.

BACA JUGA: Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka

4. PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS

Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.

Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!

BOLEH DIPRAKTIKKAN PADA BUAH-BUAHAN LAIN

Memang senang rupanya nak menjaga kesegaran buah-buahan walaupun ianya terdedah lama selepas dipotong. Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.

Selamat mencuba!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment