Home All Petua Masakan Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka

Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka

Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 1

Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping.

Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kacang soya – direndam semalaman
  • 10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
  • 2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
  • 2 buah bekas penapis – sama besar

CARA MEMASAK:Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 2
1. Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 3

2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 4

3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 5

4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 6

5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.

6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.

Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 7

7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 8

Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 9

8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 10

9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 11

Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 12

Inilah Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka 13

Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.

Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.

Kredit resipi & gambar: Mimi Ly 

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here