5 Tip Membezakan Madu Asli Dengan Madu Tiruan/Campuran

Amalan meminum madu dengan campuran sama ada air suam ataupun di bancuh sekali dengan teh memang menjadi rutin masyakarat kita sebagai salah satu minuman kesihatan.

Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap madu maka wujudlah madu tiruan atau campuran yang bukan sahaja tidak berkhasiat malahan bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang.

Pelbagai tip dikongsikan bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kepada sifat tamak penjual yang tidak mementingkan kesan buruk pada pengguna.bezakan madu asli dengan madu tiruan, madu asli, madu tiruan, madu campuran, bahaya madu tiruan, kelebihan madu asli

Seperti yang diketahui umum, madu mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Madu juga mudah untuk didapati di pasaran, namun banyak juga yang dijual itu tidak asli. Dengan 5 tip ini, anda dapat membezakan madu asli mahupun tidak. Semoga entri ini membantu…

1. Uji dengan air
Madu asli tidak mengandungi air. Untuk melihat sama ada madu itu asli atau tidak, tuangkan sedikit di dalam air. Jika asli, madu ini akan tenggelam dalam air. Madu tiruan pula akan bercampur dengan air dan ia tidak mempunyai sifat kental.

bezakan madu asli dengan madu tiruan, madu asli, madu tiruan, madu campuran, bahaya madu tiruan, kelebihan madu asli

2. Melekit atau tak
Madu sifatnya melekit baik yang asli mahupun tiruan. Untuk mengujinya, letakkan madu pada hujung jari anda dan biarkan seketika. Madu asli akan meleleh perlahan. Madu tiruan pula akan terus melekit dan menempel pad jari.

BACA JUGA: Petai, Baik Untuk Wanita Yang Datang Bulan

3. Guna kertas
Tuangkan madu di atas kertas. Jika madu yang anda tuangkan itu tiruan, kertas tersebut akan berlubang (terkoyak) kerana kandungan air di dalamnya. Madu asli sebaliknya akan kekal atas kertas tanpa menjejaskannya.

4. Semut suka
Madu asli mempunyai aroma yang kuat dan tidak disukai semut. Rasa manis semula jadi pada madu asli tidak digemari oleh semut. Namun begitu, madu tiruan lebih disukai semut kerana bau manis dan rasanya adalah kerana gula. Itulah sebabnya semut akan menghurung madu tiruan bukannya madu asli.

5. Tuang atas pasir
Titiskan madu atas pasir, jika asli ia tidak akan ‘merebak’. Hal ini kerana madu asli sifatnya padat dan likat. Madu tiruan pula akan ‘merebak’ kerana kandungan air di dalamnya.

Madu tiruan banyak mengandungi bahan pemanis, jadi kurang elok untuk kesihatan. Jadilah lebih bijak ketika memilih madu dengan menggunakan salah satu daripada cara-cara ini. Selamat mencuba.

BACA JUGA: Mengapa Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 + fifteen =