Mengapa Lebih Letih Jika Tidur Selepas Subuh?

Adakah anda tergolong dalam kalangan orang yang akan tidur semula selepas menunaikan solat subuh? Jika ya, kami yakin anda bersetuju jika kami katakan anda akan lebih letih selepas bangun daripada tidur.

Anda akan jadi lebih sukar untuk bangun semula dan mengantuk keterlaluan kerana badan rasa keletihan. Bagi mereka yang perlu bekerja ini akan mengganggu ketika sedang memandu malahan ketika di tempat kerja, prestasi akan merosot pada hari tersebut.

Menurut pegawai perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, tidur semula selepas subuh sebenarnya akan mengganggu pusingan biologi dalam badan sekaligus menambahkan keletihan seseorang.

Ia disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Sebenarnya, apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersiap solat subuh, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun, jika rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas Subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari.

Justeru, adalah lebih baik jika anda tidak tidur selepas Subuh, sebaliknya melakukan aktiviti lain bagi mengisi masa sebelum ke tempat kerja. Ini aktiviti yang anda boleh lakukan untuk mengelak dari sambung tidur:bahaya tidur selepas subuh, tidur selepas subuh, larangan tidur selepas subuh, keburukan tidur selepas subuh

Namun, jika anda benar-benar perlukan tidur, Dr. Zubaidi mencadangkan agar anda memperuntukkan 30 minit sebelum Zohor untuk melelapkan mata.

Insya-Allah, selepas berwudhu’ dan solat Zohor, anda akan rasa lebih segar untuk meneruskan aktiviti seharian.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 − seven =