5 Tanda-Tanda Anda Seorang Isteri Yang Bertuah

Dalam sebuah perkahwinan, tiada seorang isteri pun yang tidak mengimpikan seorang suami yang terbaik dan dapat membahagiakannya.

Walaupun kadang-kadang sikap si suami tidak menepati citarasa kita, namun anda perlu belajar bersyukur jika tanda-tanda dibawah ini ada pada suami anda. Ini kerana anda adalah seorang wanita yang bertuah kerana memiliki suami yang terbaik.

#1 – Sentiasa cuba menenangkan hati anda
Walau dalam apa pun kesusahan, kehadiran suami anda sentiasa menenangkan hati dan ini menunjukkan anda telah membuat pilihan yang tepat memilihnya sebagai pasangan hidup.

#2 – Sentiasa meminta nasihat anda
Ketika ingin membuat sesuatu keputusan, si dia sentiasa menjadi kan anda sebagai rujukan dan penasihat utama.isteri bertuah, isteri bahagia, isteri tenang, suami isteri, suami pandai jaga isteri, suami jaga hati isteri, suami bertanggungjawap

BACA JUGA: 10 Tabiat Buruk Yang Perlu Dielakkan Suami Terhadap Isteri

#3 – Tidak gemar menonton pornografi atau gambar lucah
Si suami yang tidak gemar melihat gambar lucah atau tidak menyimpan video lucah ditelefon bimbitnya adalah seorang yang sangat menghargai isterinya. Dia sentiasa menjaga matanya dan hanya bernafsu apabila bersama isterinya sahaja. Jangan hairan di zaman sekarang ramai suami yang menyimpan video lucah di telefon bimbit, alasannya video tersebut dihantar oleh rakan-rakan di group WhatsApp.

#4 – Tegas tapi romantik
Jangan sedih jika dapat suami jenis “muka ketat” atau suka berleter asalkan dia tidak pernah lupa tarikh hari lahir anda, hari ulang tahun perkahwinan, atau apa-apa hari yang bersejarah dalam hidup anda. Dia sentiasa membuat kejutan dengan hadiah atau walaupun sekadar ucapan dan ciuman. Yakinlah dia seorang yang sangat romantik, kata orang muka garang tapi dalam hati ada taman.

#5 – Tidak lupa tanggungjawab agama
Kunci sebuah kebahagian rumah tangga adalah bimbingan dan dorongan yang baik dari seorang suami. Jika suami anda seorang yang tidak pernah lupa akan tanggungjawab pada agama, InsyaAllah kehidupan anda sekeluarga akan senang dunia dan akhirat.

Lihatlah lima kebaikkan dan kelebihannya dari sentiasa memikirkan satu kekurangan yang ada padanya. Dalam dunia mana ada manusia yang serba sempurna. Jadi ada tak ciri-ciri diatas pada suami anda? Kalau ada, jaga lah si dia elok-elok kerana risau juga dikebas orang jika anda tidak pandai menghargai.

BACA JUGA: Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita Sedang Datang Bulan?

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 + 12 =