“Water Stain” Panel Kaca Bilik Air Kotor, Ini Tip Jadi Bersih Berkilat!

Memang geram bila lihat ada kesan kotoran “Water Stain” pada panel kaca dalam bilik air di rumah. Walaupun dah guna macam-macam cara, tetap tak hilang dan nampak comot.

Jangan risau, mak-mak boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Mas Lina Lyna ini. Cukup mudah dan jimat hanya guna sabun Labour untuk hilangkan water stain.

Ia merupakan antara tip dan pengalaman yang dikongsikannya sewaktu dia bekerja sebagai Tukang Kemas (housekeeping) di hotel.

Ia terbukti berkesan, dapat hilangkan water stain atau kotoran panel kaca bilik air ni agar jadi bersih berkilat.

Kredit Foto: Adi Fadzilan

“Pakai nie..potong-potong rendam air panas kacau sampai hancur.Biar dia sejuk dan beku pastu amik gosok guna berus sabut. Confirm bersih berkilat dan macam tak ada cermin.Terbukti sebab saya buat masa saya jadi housekeeping kat hotel.Murah dan mudah”.

water stain

BACA JUGA :: Cuci Cermin Cara Jepun, Bersih Berkilat Hanya Guna 2 Bahan Je

“Sabun ini perlu direndam dengan air panas dahulu kerana sabun ni keras. Kalau dah cair dan dibekukan dia tak sekeras macam baru beli lagi mudah untuk digunakan.

“Maksudnya kalau dah rendam air panas biar dia sejuk sendiri.Sabun tu akan jadi beku tapi tak keras dia macam lendir-lendir gitu. Mudah untuk guna.

“Kalau 1 bar macam pic saya tunjuk banyak kali boleh guna.Bukan untuk cermin aje, pinggan mangkuk pun boleh cuci guna tu. Lantai bilik mandi pun boleh guna.Tapi kalau lantai siram-siramkan dengan air sabun tu biarkan dalam sejam camtu pastu tak teruk nak gosok. Confirm putih bersih.”

Sumber: Tukang Apa Hari Ini

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

six + five =