Cara Mudah Buat Sendiri Telur Masin Guna Telur Ayam

Cara Mudah Buat Sendiri Telur Masin Guna Telur Ayam | Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je.

Menurut empunya resipi saudara Are-Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA HASILKAN TELUR MASIN HOMEMADE GUNA TELUR AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 30 biji telur ayam gred B
  • 1kg garam kasar
  • Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)

CARA-CARA:

  • Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
  • Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
  • Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.

BACA JUGA :: Ini Cara Betul Buat Telur Separuh Masak, Hasilnya Sebiji Macam Makan Kat Kedai

  • Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.

telur masin

  • Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.

telur masin

INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.

Kredit resipi & foto: Are Peace

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.