Wanita Ini Kongsi Resepi Kimchi ‘Homemade’ & Dijamin Halal. Senang Je!

Wanita Ini Kongsi Resepi Kimchi ‘Homemade’ & Dijamin Halal. Senang Je! | Kimchi sememangnya hidangan yang wajib dinikmati apabila ke restoran Korea. Manakan tidak, hidangan ini bukan sahaja menyihatkan. Malah, sungguh lazat dinikmati begitu sahaja ataupun dengan nasi.

Tetapi tahukah anda, kimchi sebenarnya mudah untuk dihasilkan di rumah. Walaupun anda perlu menyediakan kimchi dalam kuantiti yang banyak, kimchi boleh bertahan lebih dari 5 bulan jika disimpan di peti sejuk.

Untuk resepi kimchi yang simple dan dijamin halal, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nur Shahira Samsuri ini yang telah mendapat sebanyak 6.6k shares![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Resepi Kimchi Homemade Terjamin Halal!

Antara bahan resepi kimchi yang diperlukan:

  • 4-5 kilogram kubis panjang
  • 1 biji lobak putih
  • 2 biji lobak merah
  • Daun bawang
  • 1 cawan garam
  • 1 cawan bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang kuning
  • 2 cawan Gochugaru atau kepingan cili (boleh dibeli secara online atau di pasar raya)
  • ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sos ikan

Ikuti pula cara membuat ikut resepi kimchi seperti di bawah:

1. Potongkan kubis panjang bersaiz kecil dan rendamkan sebentar di dalam air. Tapiskan.
2. Kemudian, gaulkan kubis dengan garam.
3. Perapkan kubis selama 2 jam. Gaulkan kubis setiap 30 minit.
Resepi Kimchi

4. Untuk menyediakan bubur, masakkan air dan tepung beras pada api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan bubur sentiasa dikacau supaya sebati. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.

5. Masukkan gula dan didihkan bubur sekali lagi. Tutupkan api dan biarkan sejuk.
Resepi Kimchi

6. Kemudian, potong nipis lobak merah, lobak putih dan daun bawang.

Resepi Kimchi

7. Seterusnya, kisarkan bawang putih, halia, bawang kuning dan sos ikan sehingga halus.

Resepi Kimchi

8. Untuk menghasilkan pes kimchi, gaulkan bubur, campuran bawang putih dan sos ikan dan serbuk cili.

Resepi Kimchi

9. Tambahkan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa anda.

Resepi Kimchi

10. Setelah kubis selesai diperap selama 2 jam, bilaskan dengan air untuk menghilangkan rasa masin. Cuci sekurang-kurangnya 3 kali.

11. Apabila semua bahan sudah disediakan, gabungkan pes kimchi dengan lobak merah, lobak putih dan daun bawang.

Resepi Kimchi
Resepi Kimchi

12. Kemudian, gaulkan pula kubis panjang dengan campuran pes kimchi dan sayuran.

Resepi Kimchi

13. Apabila kubis sudah disaluti pes kimchi dengan rata, gulungkan sehingga ketat untuk mengurangkan rongga udara.

14. Simpankan di dalam bekas. Pastikan setiap kubis disusun dengan mampat.
Resepi Kimchi

15. Simpankan kimchi di luar selama 1½ hari untuk proses penapaian.

16. Setelah ditapaikan, simpankan di dalam peti sejuk.

Resepi Kimchi

Apabila kimchi sudah siap, inilah hasilnya. Rasanya yang masam dan pedas memang lazat dinikmati begitu sahaja atau dicampur di dalam masakan lain! 😀

Resepi Kimchi

Sumber resepi kimchi homemade: Nur Shahira Samsuri[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × four =