Dr Amalina Dedah Kepentingan Hand Sanitizer Untuk Lawan COVID-19, Elak Info Palsu!

Dr Amalina Dedah Kepentingan Hand Sanitizer Untuk Lawan COVID-19, Elak Info Palsu! | Rasanya ramai sekarang ini yang sedar bahawa virus COVID-19 bukan lah satu perkara yang boleh dipandang enteng kerana sudah banyak nyawa yang terkorban.

Antara dua golongan yang lemah terhadap penyakit ini ialah golongan tua dan kanak-kanak. Jadinya pencegahan yang lebih rapi seharusnya dititikberatkan oleh mereka yang mudah dijangkiti.

Sepanjang isu COVID-19 mula kecoh, orang ramai telah disarankan supaya menggunakan topeng muka dan sentiasa membersihkan tangan dengan Hand Sanitizer atau cecair pembasmi kuman (‘hand sanitizer’).

Hand Sanitizer

Stok Hand Sanitizer Berkurangan

Disebabkan oleh pesanan ini, boleh dikatakan semua kedai yang menjual bekalan barangan tersebut telah kehabisan stok dan ramai yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya.

Walaupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah menguar-uarkan langkah pencegahan ini, masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengatakan bahawa cecair pembasmi kuman sebenarnya tidak berfungsi untuk menghalang jangkitan COVID-19.

Tidak betah dengan penularan info salah itu, Dr Amalina Bakri telah memuat naik informasi mengenai kepentingan cecair pembasmi kuman kerana kandungan 60-95% alkohol didalamnya mampu membersihkan tangan dengan baik.

Menerusi laman Twitternya, Dr Amalina menjelaskan bahawa selain daripada menggunakan Hand Sanitizer atau cecair pembasmi kuman, orang ramai turut digalakkan membasuh tangan selama 20 saat lamanya. Tambahan pula, sekiranya tangan mereka adalah sangat kotor.

Pun begitu, doktor bedah wanita ini juga mengingatkan bahawa Hand Sanitizer atau cecair pembasmi kuman bukanlah alasan semua orang untuk tidak membasuh tangan. Hanya gunakan alternatif tersebut sekiranya anda tiada kesempatan untuk membasuh tangan menggunakan air dan sabun.

Pesanan ini diharapnya dapat difahami oleh kesemua penduduk Malaysia. Sekiranya semua mengikuti langkah pencegahan yang betul, nescaya kita dapat mengekang virus COVID-19 daripada terus merebak.

Jangan lupa untuk dapatkan stok Hand Sanitizer / cecair pembasmi kuman dan topeng muka di kedai berdekatan!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × three =