Nak Elakkan Kaviti Gigi? Boleh Cuba 8 Cara Semulajadi Yang Mudah Dilakukan Ni - Petua Ibu

Nak Elakkan Kaviti Gigi? Boleh Cuba 8 Cara Semulajadi Yang Mudah Dilakukan Ni

Nak Elakkan Kaviti Gigi? Boleh Cuba 8 Cara Semulajadi Yang Mudah Dilakukan Ni | Bagi kebanyakan orang penjagaan gigi adalah sesuatu yang sangat penting. Mana tidaknya gigi yang sihat dan cantik sememangnya dapat meningkatkan keyakinan diri terutama ketika berkomunikasi dengan orang ramai.

Ada yang sanggup berbelanja mahal untuk mendapatkan gigi yang sihat dan cantik. Jadi, apa kata sebelum anda menghabiskan ratusan ringgit untuk merawat gigi, ambil beberapa langkah mudah untuk mengelakkan gigi anda daripada terkena gaviti gigi dan rosak. Gigi sihat dan wang anda juga dapat dijimatkan!

8 Cara Untuk Mengelakkan Kaviti Gigi

1. Ubah tabiat makan anda

Satu kajian yang diterbitkan dalam The British Medical Journal menunjukkan bahawa perubahan dalam diet seharian sebenarnya boleh membalikkan kerosakan disebabkan kaviti gigi.

Kita sedia maklum bahawa penggunaan produk yang kaya dengan gula membawa kepada kerosakan gigi dan asid phytic dapat menghalang penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun, jika anda menukar tabiat makan anda, anda mungkin tidak akan menghadapi masalah seperti itu lagi.

2. Kunyah gula getah yang tidak mengandungi gula

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa dengan mengunyah gula tanpa gula sebenarnya dapat membantu anda mencegah kerosakan gigi. Gula getah tanpa gula mengandungi xylitol, yang merupakan pemanis semula jadi. Tidak seperti makanan lain, xylitol tidak membawa kepada pertumbuhan bakteria dalam mulut anda.

Tambahan pula, apabila anda mengunyah, mulut anda akan diisi dengan air liur secara semula jadi yang dapat membantu membersihkan sisa makanan dalam mulut.

3. Selalu bersihkan dan ganti berus gigi anda

Ramai yang mungkin tidak sedar betapa pentingnya memilih berus gigi yang betul. Jadi anda boleh mengikuti langkah-langkah ini:

  • Sentiasa pilih berus yang kecil atau berukuran sederhana dan pastikan bahawa bulu-bulunya dapat menjangkau celah-celah geraham anda di mana makanan boleh sembunyi selepas makan.
  • Jangan gunakan penutup berus gigi anda kerana ia mungkin menyimpan mikroorganisma dan bakteria. Sebaliknya, bilas berus dengan air selepas digunakan dan biarkan ia kering.
  • Jangan biarkan berus anda di dalam bilik yang sama dengan tandas berus anda boleh tercemar akibat bakteria fecal.
  • Tukar berus gigi anda secara berkala kerana penggunaan berus gigi yang kerap dapat memberi kesan kepada bulu-bulu berus. Akibatnya, gigi anda mungkin tidak bersih walaupun diberus setiap hari.

BACA JUGA :: Inilah Punca Gigi Mudah Reput Dan Rosak, Boleh Berlaku Pada Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa Juga!

kaviti gigi

4. Ikuti rutin penjagaan gigi asas

Menurut Persatuan Kesihatan Pergigian Antarabangsa, hampir 42% orang dewasa menggunakan hanya berus gigi untuk penjagaan mulut mereka. Jika anda ingin melindungi gigi anda dari kerosakan awal, lakukan beberapa langkah pencegahan awal setiap hari.

Antaranya ialah dengan menggunakan floss gigi untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan terperangkap yang tidak dapat dikeluarkan oleh berus gigi. Selain itu, anda juga digalakkan untuk menggunakan pembersih mulut selepas memberus gigi supaya dapat menghilangkan bakteria dalam mulut.

5. Jumpa doktor gigi untuk mencuci gigi

Mungkin ramai yang tidak berjumpa dengan doktor gigi tetapi rutin ini adalah penting kerana bukankah mencegah kaviti gigi itu lebih baik daripada merawat? Pembersihan tetap adalah langkah yang sangat penting untuk membersihkan celah-celah gigi.

Anda akan dapat merasakan perbezaan setiap kali selepas gigi anda dicuci. Oleh itu, pastikan anda membuat temujanji doktor sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun untuk mencuci gigi anda.

6. Tambah suplemen dan vitamin dalam diet anda

Vitamin adalah penting untuk mendapatkan gigi yang sihat dan cantik. Antara makanan yang dapat membekalkan vitamin kepada gigi ialah:

  • Untuk menggalakkan air liur, anda perlu makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, kacang dan sayur-sayuran. Antara makanan yang terbaik ialah epal, pisang, pucuk Brussels dan kacang pis.
  • Makanan bijirin mengandungi banyak vitamin B dan zat besi. Di samping itu, bijirin penuh juga mengandungi magnesium serta mineral yang membantu menyerap kalsium dan menguatkan gigi anda.
  • Makan makanan laut lebih kerap jika anda ingin mendapatkan lebih banyak vitamin D. Salmon, ikan herring, tuna dan sardin adalah sumber vitamin D.

7. Gunakan minyak kelapa

Tahukan anda bahawa minyak kelapa merupakan antara bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk melindungi gigi dari kaviti gigi dan rosak? Minyak tersebut dikatakan dapat mengeluarkan bakteria dari gigi serta dapat mengubati gigi anda secara secara semula.

Kumur satu sudu kecil minyak kelapa selama 20 minit sehingga air liur dan minyak tersebut bertukar menjadi warna putih susu. Jangan telan minyak tersebut.

8. Buat ubat gigi anda sendiri

‘Resipi’ ubat gigi ini hanya memerlukan beberapa bahan semula jadi yang mudah didapati. Caranya juga mudah dilakukan tetapi anda juga harus peka supaya semua bahan yang digunakan adalah semula jadi dan tidak membahayakan kesihatan gigi dan gusi anda. Antara bahan yang diperlukan ialah;

  • 4 sudu serbuk kalsium
  • 1 sudu stevia
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu baking soda
  • 1/4 cawan minyak kelapa

Campurkan semua bahan sehingga bentuknya menjadi seperti ubat gigi biasa dan anda sudah boleh gunakannya sebagai pengganti kepada ubat gigi biasa anda.

Peringatan: Jangan gunakan ubat gigi selama lebih daripada 30 hari berturut-turut kerana strukturnya yang kasar serta kandungan fluorida yang semakin berkurang.

Jika anda suka dengan artikel mencegah kaviti gigi ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.